Apa resepi
yang paling bagus dalam hidup kita..
Orang kata
biar lebih garam..baru terasa bermakna…
Tapi bagi
aku, resepi sebenar dalam hidup bila kita meletakkan bahan-bahan yang
sepatutnya dengan kuantiti yang betul… tak perlu terlalu masin, tak perlu terlalu
manis dan tak perlu terlalu pedas…
Dalam
hidup, bila kita meletakkan sesuatu pada tempatnya, barulah hidup kita akan
terasa lebih bermakna… terasa lebih bererti.. kita akan senang hati…tak perlu
risau kita terlebih garam, tak perlu risau kita terkurang atau apapun..sebab
apa? Sebab kita dah gunakan resepi yang betul…begitulah hidup..bila agama yang
Allah amanahkan pada manusia di jalankan dengan penuh tanggungjawab, kita akan
senang hati. Hamper dua dekad menjalani hidup, hari-hari yang paling bermakna
bagi aku ialah hari yang aku tak pernah buat Sesuatu yang aku akan menyesal
pada hari ini… banyak sangat benda yang aku kesalkan..banyak sangat benda yang
buat aku rasa nak berpatah balik ke masa tu, dan aku betulkan silap aku..
terlalu banyak..
Banyak
benda yang aku buat aku harap aku ikut kata Tuhan, bukan kata-kata manusia..aku
membesar dengan banyak melihat orang dan yang malangnya mengambil sikap buruk
orang sekeliling aku.. Itu benda yang paling aku menyesal sekali…
Aku sangat
berharap waktu tu, aku ada pendirian sendiri..kalau aku takut, biarkan aku
takut… so what?!!! Semua orang pun ada benda yang dia takutkan kan?!!! Kalau
aku tak nak, sepatutnya aku tak payah buat…tapi sebab ikut orang..hari
ini..walaupun baru dua dekad, tapi 9/10 dari hari-hari kebanyakannya adalah
benda yang aku menyesal bila aku buat…
So, jangan
cakap garam itu menjadikan hidup kita bermakna..dek kerana terlalu banyak
garam, rasanya bertukar pahit..dan kerana tak nak orang lain merasa pahit yang
sama yang pernah di rasai dulu, sebab tulah orang tua-tua selalu mengingatkan
kita…
Aku sangat
menghargai kata-kata nenek..:)
No comments:
Post a Comment