Bersembang dengan Cik Rumet bagai menampar perasaan aku yang hampir terkubur...
Tersedar apa yang membuatkan aku terasa bersemangat.
Bersemangat untuk terus bernafas dibumi ini. Bersemangat untuk terus mengorak langkah kehadapan.. Perasaan keTuhanan.. Adanya Tuhan dalam diri aku, dalam jiwa aku membuatkan aku melihat semua benda adalah tidak mustahil.. Membuatkan aku sentiasa bersedia dan berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu..
Adanya Tuhan dalam jiwa dan ragaku, langkahku terasa yakin walaupun orang melihatku asing...
Hati tidak pernah berhenti diuji..
kekadang cuba mencari ruang sesaat untuk menarik nafas kelegaan..
Tapi, Entah kenapa saat-saat itu, hatiku sentiasa tenang... kerana aku tersangat yakin Allah tersangat dekat padaku melebihi urat leherku....
Dan disaat aku memesongkan langkah.. di saat aku mengalih arah.. aku hilang punca.. semangatku semakin kabur.. langkahkau goyah...
Dan hari ini, sekali lagi Cik Rumet mengetuk tangkai semangatku yang kian layu..
Ya! apa yang penting dalam hidup ini adalah untuk di akhirat sana..
Benar pepatah pejuang 'Tanpa tarbiah, gerenti rebah!!!
Ya Allah, tarbiahlah aku kembali..
didiklah hatiku semula..
pimpinlah aku kejalan yang engkau redha....