Friday, 21 February 2014

Strange one..

Aku betul- betul punya hub kwn yg pelik...
Hub yg dasarnya sangt indh..
Tapi isiny kosong..

Mcm rumah spt istana idaman semua..
Yg bila diliht org diluarnya..
Maka ramailah umat2x yang mencemburuinya...
Mengidam dendam untuk memiliki rumah persis nan indah itu..
Tetapi didalamnya kosong...
Di dalamnya sunyi..
Di dalamnya cuma menyendiri..
Bagai orang koya..
Bangga nenikmati keindahan itu sendiri..
Sedangkn orang disekelilingnya memandangnya simpati dan kasihan..
Tidakkah merasa jijik dirimu itu sendiri..
Punyai rumah idaman semua tetapi tetap mendapat simpati orang kelilingmu..

Begitulah cara kami ber'ukhuwah' hari ini..
Dipandang orang seolah-olah aku dan mereka sahabat sampai mati..
Tapi hakikatnya hati sentiasa resah menanti bilakah aku akan menjauhi mereka..
Bilakah aku akan sedar yang aku merimaskan mereka..

Friday, 7 February 2014

what i have done?

apa yang telah aku buat?
dosa yang takkan terampun selama-lamanya... :(

aku bersalah..
hati aku sakit..
dada aku sakit..
nafas aku terasa sesak..
aku rindu..
tapi aku pendamkan..
aku sayang,
tapi aku berlaku kejam..

aku anak-anak generasi kini..
aku anak generasi yang rosak..
aku yang rosak..

peluang sudah tertutup..
aku semakin jauh dan alpa..

betulkah tiada ruang dan peluang lagi untuk aku?
bukan aku tak mencuba..
tapi aku mencuba dengan tidak bersungguh-sungguh..
aku biarkan orang lain bersungguh..
dan aku menanti di suruh..,
aku tak pernah berusaha dengan bersungguh-sungguh..

apa yang telah aku buat?!
aku buat dia menangis..
aku biarkan air matanya mengalir.,
bukan sekali..
tetapi berkali-kali..

aku hanya melihat..
kerana aku malas...

aku hanya melihat bahunya yang menanggung semua kesakitan,,
aku hanya melihat dia yang dimaki dan dihamun oleh semua orang..
aku hanya melihat dia yang bersabar dengan aku yang baran..

apa yang telah aku buat?!!
aku telah melakukan dosa besarnya..
kesakitan dia bukan aku tak lihat..
tapi aku ketepikan..
aku nafikan,,
aku butakan..
aku abaikan..
aku biarkan..
aku menderhaka!
aku penderhaka!

ruang untuk berdamai barangkali telah tiada..
semua orang telah penat dan rimas dengan sikap aku yang malas...
yang tak bersungguh-sungguh..

ampunkan aku..
walau aku tahu berat untuk kau maafkan aku...
ampunkan aku..