Monday, 2 December 2013

Hati yang mengharap...

Bunga akan layu..
Malam akan tiba..
Siangkan berlalu pergi..
Yang berjalan akan terus berjalan...
Cinta yang pergi, takkan kembali lagi...
Dia bukan yang sama..
Hati terus sayu ditelan penyesalan yang tak akan berganti..
Akhirnya aku hancur ditelan kata-kataku sebdiri.. Tuhan, ambillah aku kembali...
Aku umpama anak kecil yang hilang tempat bermanja.. Yang hilang tempat bergantung...

Aku mahu kembali..

Bila mlihat ukhwh antra shbat..hati aku rindu..rindu dgn ukhuwah yg aku nampak janji Allah pada-Nya...berukhuwah dan bersahabat dengan mereka, jalannya tak pernah manis..aku rasa aku tak pernah berhenti diuji..tetapi setiap kali aku lemah..dengan melihat wajah sahabat..hati aku jadi kuat semula...Berpegang dengan tali Allah..berkeyakinan akulah antara salah satu bakal rantai dalam perjuangan Rasulullah..merasa ramai walaupun aku bersendirian kerana sentiasa merasa ukhuwah sesama Islam walaupun tak pernah berjumpa, walau di bumi mana berada, walau di tanah mana berpijak..arhhh..hati, rindunya dengan ukhuwah tersebut.. Melihat wajah sesama muslim saja hati sudah cukup tenang...
Terasa Allah dan Rasulullah memerhati..meredhai setiap langkah kami...
Hati aku tak pernah berhenti diuji..aku rasa aku kuat..tapi akhirnya aku tumbang di tengah jalan...hancur sebelum sempat bermula...Allah, lemahnya hamba-Mu ini tanpa-Mu..,lemahnya hamba-Mu ini jika tidak berpegang dengan tali-Mu..bantulah aku ya Rabb..untuk kembali.. kepangkal jalan..kali ini aku akan lebih menghargai..dengan kekuatan dan rahmat kasih sayang-Mu..

Friday, 29 November 2013

Ukhuwah kerana Allah..

Bahagia yang aku terlepaskan dia hilang..
Bahagia yang aku lepaskan..
Dia pun berlari meninggalkan aku..
Dia tak salah bila dia lari meninggalkan aku..
Aku yang salah kerana memilih untuk menjauh..
Aku yang salah kerana menafikan..
Aku gagal dalam ujian iman yang Tuhan berikan pada aku...
Ya Allah berikanlah aku peluang sekali lagi..aku sakit disakiti...
Aku sakit mensakiti diri aku sendiri..
Andai aku mampu bertahan dalam kesakitan yang tak seberapa itu..
Penyesalan yang tak akan berganti..
Aku mohon peluang dekali lagi..wahai Rabb pemilik hatiku..pemilik diriku..pemilik jiwaku...

Thursday, 28 November 2013

Watak ngeri

Filem hantu memang mengerikan Dan menakutkan... Tapi ada perkara yang lebih menakutkan lagi dari itu.. Hantu yang wujud dalam kalangan realiti kita sendiri... Hantu yang ada dalam diri manusia... Hantu yang bertopengkan wajah manusia...
Mereka manusia..
Manusia yang kita tak harap untuk berjumpa..
Manusia yang kita tak harap untuk kenal mahupun tahu...
Tapi, bila kita hidup didunia..lumrah kita akan berjumpa pelbagai jenis manusia...
Saya terkilan bila berjumpa manusia jenis ini..
Manusia yqng mudah dan senang melupakan budi... Bukan bertahun budi tu berlalu..sebulan pun belum tentu berlalu..tetapi bercakap seolah-olah kawan ini hanya membuat bahana ke diri dia...
Kita tak minta dihargai..tak harap dipuji..apalagi kalau menolong orang yang bernama kawan..serasanya kita sedar sendiri tanggungjawab kita...kerana dia kawan kita.. Tapi bila erti kawan seolah-olah tak bermakna..di buang seperti sampah hanya kerana hati tidak boleh dipuaskan..diri mana yang tak terkilan bila budi yang ditabur..pokok beracun yang membinasa tuan pula yang tumbuh..
Siapa yang tak sedih..mengambil jalan untuk mengalah adalah terbaik..tetapi hati yang terluka tak akan mudah sembuh...jika sembuhpun parutnya akan kekal..
Setiap kali mata memandang parut tersebut, setiap kali hati teringat kisah disebalik parut tersebut..luka itu seolah-olah tak pernah sembuh..
Jangan pandang rendah pada hati manusia...
Ia boleh jadi selembut awan
Dan mampu menjadi sekeras gunung!!!

Bila bertemu manusia yg hilang nilai manusiany...

Bersabar,jalan yg utama..mengalah, bila perlu..memudahkn, itu yg sebaikny..
Tapi aq xkan benarkn diri aq utk mmbisu buat kali kedua...

Tuesday, 12 November 2013

2 miss - Mr.

1- miss waiting
2- miss reality
Dialog antr 2 miss pun berlaku seperti berikut..

1-Menanti bulan jatuh keriba..
2-Memang TAKlakan...huh..
1-Tau Tak..tapi x salahkn mngharap...manala tau ad hrpan...
2-Dier da brpunyer msalahnyeer.
1-Ok, aq carik orang laen...ada lg seorng...
2-Memang taklahkan...
1- Aku taula...dari takder wat paper langsung..ap slhnyee kn mr.SS?..

Hmm..mcam sesuaiiii jer..misswaiting+mrsyoksendiri...hihi...

Bunga akaan layu...hati akan layu..jika tidak di siram, dibaja dan dijaga...sbb ad yg mnjg..mnnti smbil brhdpn dgn realiti adlh trbaik.... <3 <3

Berdirilah siapapun menghalang jawapan..kalau sudah jawapannya memang disitu..maka ko yg mnjdi pnghlang sbnrnyer adlh jln tok smpi kdestinasi itu...X(

Monday, 11 November 2013

Jungle of konkrit

Terasa macam duduk dalam hutan ni sifat humanity semkin hilang.. Virus pengkhianatan semakin merebak...
Penghinaan dan pesimis normal wujud dalam 'persahabatan'. Kita bukan bersedia menerima kekurangan dan kecacatan orang..tapi akan mentertawakan mereka dalam senyap, memujuk n berkata 'x apa..' tapi menjaja cerita keserata dunia....
Aq sampai mnjadi takut menjadi x sempurna dihdapan dunia...

Wednesday, 23 October 2013

Menjadi seseorang...

Duduk bersimpati atau apa?.. Aku x tau nk buat apa bila dengar musibah datang... Allah, Maha Agong dan Maha Besar kuasa-Mu...

Hati memberontak ingin bergerak. Ingin melakukan sesuatu.. Dan sakit bila musibah datang menimpa, aku tidak mampu berbuat apa..
Sakit melihat orang yang sakit tanpa mampu berbuat..
Buat yang ditimpa ujian @ musibah..Doa akan aku usaha titipkan.. Moga kalian terus kuat...

Thursday, 17 October 2013

Thinker..

I have only want tought...

Little naughty tapi belum masuk tahap giler-giler lagi.. N maybe sebab baru lepas tengok cter hindustan kota.. Pardes..hehe..

Mother, kawen kn sy ples...huahua..drama sebabak..
Perasaan ad tapi bekalan takder..memang taklah kan jawapannya... Nak siang ikan pun terkial-kial..

Camtu nak anak orang ada-ada boleh?..huhu.. Besanyer org ada-ada ni ada maid die..haha.. Nampak tak kemalasan aku disitu...iNgengadess pulak kan..macamlah anak orang tu nak dengan awak...
Memang jawapannya is NO!..haha..

Aku ni macam minta bulan jatuh keriba pulak..mana taknyer, incik awekss pun xder lagi.. Xder orang nak la kan..redha jerlah..

Well.. Pepagi ni mengarut sekejap barang se due slot..hehe..boleh tak aku lampirkan cita2 aku kat sini?..hehe..xder orang yang bacakan..kan..kan???!!!...

I want to kawen..tahap wajib tu idoklah..tapi serius terhingin..apa yg aku terhinginkn pun aku tak tau .huhu..
Dengan saper aku nk ni??.. Sejujurnya, yang betul2 spesifik untuk dibuat calon tu takder lagilah kan.. Tapi secara kasarnya.. I just want someone yg boleh terima aku seadanya.. Orang yang sayang aku seadanya aku..tu jer.. Nsem + ada2 memang idaman kalbula kan...hehe.. Soleh tu yang utama.. Kalau tak macamaner nak bawa menghadap sultan kan?.. Tu baru sultan, dah janji kata nak sampai syurga tu pe cer pulakkan..haha..umur area-area aku ples.. Aku tak pandai and cepat bosan kalau orang tua sangat ni..erkk!!!... Ngeh ngeh.. Bawah umo kalau poket penuh, fine lah..haha..tapi aku ni kuat n suka pandang pendek kat orang underage aq ni..haha..

But you know what, kalau belum sampai jodoh kita, kita akan selalu jumpa orang yang tak memenuhi test kita, tapi bila Allah kata dia jodoh kita, kita akan bersedia waktu tu.. Kita akan belajar menerima baik buruk dia..

Ya Allah, permudahkanlah..aminnn..

Penakut

4 s'thng u didnt dare to do.. Dont do it.. Dont try to take any courage.. Dont just close your eye and jump onto it.. Dont ever.. S'times for s'thing you didnt dare to do it..it really doesnt meant to you.. And the worse it when you will regret it someday..when you wish that something like that never happen to you and you wish that you never know that path..pray for your best from Allah. Dont just ask what you want but also pray may what you want and what will you get that are the best ever for you..

Wednesday, 16 October 2013

A basket of ...

Huhu... Ujian dan cabaran hati...
Kadang2x ada hari rasa macam nak minta puji bertingkat-tingkat of mangkuk kat semua orang..
Sabor jerlah... Muka dah habis ayu nak kontrol rasa biar rasa riak tu tak terkeluar.. Tapi kalau dah nafsu dalam raga ni siap menyepak terajang bagai mintak keluar, bila aku cakap..'eh, mana ada la...' ; 'biasa jer tu..'
Padahal dalam hati.. 'Up lagi.. Up lagi puji tu..'  Plesla..serius topeng okeyh..
Waktu tu rasa macam dah ke awang-awangan..hehe.. Korang x pernah rasa macam tu ker?? ..

Aku tahu aku tak sempurna.. Aku bukan orang ada2 (tpi x bermkna aq takder).. Jadi pada benda-benda kecil yang aku perolehi serius rasa bangga senang datang menjunam-junam pada aku.. Tapi kalaulah aku dapat tukar rasa ni menjadi rasa syukur yang tak terhingga pada yang Maha Sempurna.. Pada Yang tak pernah kurang dalam memberi..Pada Pemilik segala yang aku punya bukanke lebih indah dan lebih ikhlas rasa tu... Aku tak perlu menipu hati aku dan dalam masa yang sama aku tak perlu memakai topeng pun.. Dan aku akan yakin bahawa pujian ini tak selayaknya untuk aku tapi pada yang memberi peluang untuk aku...

'Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati aku dalam iman dan islam...'

Apabila dan bila??

Apabila perasaan gila mnjdi gila2x...maka merudumlah emosi ketahap emo...

Alahai hati..jangan beri peluang walaupun sebesar benda yang paling kecik kat dunia ni untuk terpikat pada dunia dan cintanya yang menggoda nafsu dan ragaku..kerana sekali terikat ia akan berantai- rantai...

Berilah peluang untuk diri menjadi baik pula sebagaimana pernah aku memberi peluang kepada diri untuk menjadi 'nakal' (masih tiada kekuatan untuk mengaku JAHAT...Apakah???!!...) suatu waktu dulu(yang tempohnya baru sebentar tadi..)..

Leka, cinta, menafikan tanggungjawab dan berpijak pada 'realiti' ysng dicipta manusia adalah sangat mengujakan...aku suka bila aku berpura- pura buta, pekak dan cacat dengan segala macam amanah aku diatas muka bumi ini...tapi sampai bila?,.. Mati itu pasti..dan aku pun tak nak mati katak...

"Ya Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati..tetapkanlah hati aku dalam iman & islam..amiiinn.."

Tuesday, 15 October 2013

Memilih..

I choose to be happy...
Saya pilih untuk bersyukur dalam hidup ini..
Saya pilih untuk menerima dalam hidup ini..
Saya pilih untuk bersedia dalam hidup ini..
Saya pilih untuk percaya dalam hidup ini..
Saya pilih agama saya dalam hidup ini..
Apa yang saya pilih, saya tahu jalannya takkan mudah...

Tapi saya melihat penghujung yang saya pilih ini..
"semoga Allah redha & mrahmati hidup saya"..
Amin...

Just..

I do do miss u...please...
Really want to say im sorry..huhu...

Thursday, 2 May 2013

CRUSH AGAIN!!



Huhu..aku macam nak wat tak perasan jer..aku tak tau lah kalau hati semua perempuan macam ni or hati aku sorang jer…terasa macam aku pulak yang mempermainkan hati aku sendiri. Korang, kalau takder apa-apa perasaan dengan aku, just approach aku 10% jer..layan aku Cuma sebab aku ada kat situ jer..macam tu jer pun aku dah cukup selesa.. jangan layan aku baik sangat. ni memang aku yang tak benarkan..sebab aku bukan macam perempuan lain. Hati aku senang cair kalau orang baik kat aku nih..huhu.. aku tau, lepas korang baca ni, mesti korang takut kat aku kan..takutlah…sebab aku tak cantik dan tak berbaloi untuk korang layan perempuan tak baik macam aku nih..huhu……
Dahlah taste aku memang yang bawah umur..tiba2x, ada pulak yang under age suka kat aku..malu dohhh… aku kena jadi perempuan yang kuat, walaupun kena berpura-pura depan orang lain!! Aku akan jadi kuat, dan aku akan jadi diri aku sendiri… J
Jangan dekat dengan aku kalau sekadar nak menyeksa aku and menyakitkan hati aku. Aku tak boleh. memanglah aku suka,,aku suka kalau orang serius dengan aku.. aku pun suka main tarik tali dengan orang jugak…
Kalau nak jadi kawan, aku tak kisah..sumpah tak kisah..
Aku tahu korang tak faham…takperlah, aku pun x faham gak..apa yang terkeluar jer aku terus tulis nih..tu yang cam berterabur…

Wednesday, 1 May 2013

Semuanya Tipu Belaka!!!

sekejap ni jer..paling lama pun dalam dua minggu..tapi mungkin akan kurang lagi!!! sorry...
dah terset kat mind...semua benda ni TIPU!! Tinggal nak hadam dalam hati jer...huhu...
Sakit..Tapi, biar sakit sekarang dari bernanah akan datang...

kalau bukan tipu, buktikan!!! kalau apa yang  terset kat mind aku ni salah, buktikan yang memang salah...

Ada banyak sebab kenapa aku kata semua benda ni tipu... sebab yang utama and first sekali ialah... MUSTAHIL!!!!! IMPOSSIBLE!!


Wednesday, 24 April 2013

tentang saya ;(

Saya nak jadi ahli syurga tapi, setiap perbuatan saya mengarah keneraka!!! apakah?!!
Saya nak jadi baik tapi tiap kali benda yang saya buat semuanya srba tak kena!!! kenapakah?!!
Saya taknak dah buat maksiat nih, tapi tiap kali terhidang jer benda tu depan mata!!
bagaimanakah?!!

-- Saya memepersoalkan banyak benda, mempertikai banyak prkara, menyalahkan semua perkara..tapi sebenarnya semua benda tu menuding ke saya balik!! (Kenyataan is bitter!!!)
kalau nak jdi ahli syurga bukan ambil 50 tinggal 50 tapi ambil semua sekali!!
kalau betul nak jadi baik, usahalan sampai kejahatn tu jemu dengan kita!!
kalau betul nak tinggalkan maksiat, jauhkan diri. kalau datang lagi, jauhkan diri. pintu maksiat terbuka bukan semata-mata nak ajak kita wat jahat, tapi jugak nak uji sejauh mna kesungguhan kta untuk berubah!!! and lstly, Allah kan ada..mintak kat Allah dimudahkan urusan..--

Sunday, 17 March 2013

mood : malas n little moody

kononnya nak post  'rasa kecewa x bersebab..' tapi euuww...i'm lying ok? aku sangat jelas sebabnya.. :(

Tuesday, 12 March 2013

i'm sorry mother

Maknanya, aku memang ada fikirkan benda ni..dan aku memang nak luahkan benda ni...
di telan pahit nak di buang tak boleh..

Kenapa?!(Aku mulakannya bukan bermaksud nak mempertikai..) Kenapa satu kebaikan kecil yang aku buat akan di iringi satu kejahatan besar?!!Kenapa?

Kenapa sikap aku macam ni? siapa-siapa yang ada tips atau cara-cara untuk mengatasinya?..Aku penat..setiap hari aku berhadapan dengan masalah ni..
 Sakit tahu tak bila kita melakukan kesilapan. bila kita melukakan hati orang lain berganda-ganda sakitnya menikam kita balik... Kenapa aku tak boleh berfikir dengan baik? kenapa aku tak boleh sedar yang aku tengah buat salah? kenapa aku biarkan diri di kuasai amarah dan nafsu??Kenapa aku lemah sangat?

soalan ni sebenarnya aku pulang dekat diri aku balik...aku sakit bila aku menyakiti... aku mengelak tapi aku tetap mengulang balik kesalahan tu..

Kadang-kadang sampai aku terfikir..apakah aku perlu give up salah satu dari dua tu?tinggalkan kebaikan dan aku takkan lakukan kejahatan... Tapi, aku taknak jadi sebodoh ni..Aku nak berusaha dan aku kena berusaha..aku tahu dalam kita berusaha, ada waktu kita akan tersungkur tapi..Cumanya kali ni, aku dah terlalu banyak sangat tersungkur, sampai aku tak pasti apa ada peluang untuk berjaya? apa ada penghujung yang indah untuk aku..

Untuk ibu  yang telah akak sakiti hatinya dalam sedar dan normal dan waras..akak mintak maaf..kalian, sumpahlah aku, hinalah aku..kerana itu memang layak untuk orang seperti aku yang melukakan hati orang yang telah mempertaruhkan nyawanya demi aku yang masih lagi tak pasti akan memberi kebaikan kepadanya..Ibu, akak mintak maaf..akak lukakan hati ibu..

Pada mereka yang bergelar anak, sayangi orang tua kita..kerana di situ terletak keberkatan...dan jangan lupa, satu hari nanti kita akan ada anak jugak..jangan terkejut kalau apa yang kita buat hari ini akan di balas dengan lebih teruk lagi oleh anak kita..Sebab Allah dah kata, dosa orang yang derhaka pada ibu bapa ni, Allah balas dekat dunia lagi...

teguran utk aku..

kalau dah tak der jodoh..pusing lah ikut arah manapun..usahalah sebanyak manapun, korbankanlah apapun., masa, duit, harta, tenaga n segalanya tetap takkan dapat bersama...

ada orang bercinta bagai nak gila..tup2x kawen dengan orang laen..bukan satu dua kes yang aku tngok camni, tapi banyak..banyak sangat!!! so, berhati-hatilah, jangan kerana couple kita hari ini membuka aib kita di masa akan datang..kan malu jadi bahan gosip n cerita orang laen. tak gitu?!!huhu...

apa yang aku nak tulis laen dengan apa yang aku baru tulis kat atas ni... aku nak buat luahan perasaan...

tapi, x per r..aku malas..mulut aku cakap tak nak, tapi hati aku cakap lain, n perbuatan aku lain pulak..kan ciri-ciri orang mengada-ngada namanya tu?!! huh...

lagi satu, tolonglah kurangkan bercakap sorang-sorang. masyarakat memerhati tau tak.. takutnya orang ingat awak tu gila pulak nanti.. n lagi satu..sila jangan senyum sorang-sorang.. tak malu kan... ples..ples sangat2x.. be matured ok..ko bukan 13 tahun tapi 23 tahun..masa-masa penting nih...

Friday, 8 March 2013

confused

sejujurnya..confusing sedang melanda kepala otak aku...serius aku konfius...

bila aku hadap muka dia..hilang segala rasa.
tapi, bila x jumpa, sumpah rasacam rndu giler..

so, apa jawapan sebenarnya?!! suka ke tak suka?!!!

aku rasa ini semua mainan syaitan yang bersarang dalam hati aku.. tak per, aku akan terus kuatkan semangat..

ya Allah kuatkan aku menghadapi fananya dunia ini.... aku silau dengan kilauan palsunya...

and lagi satu, x pe ker eh kalau kita menyibuk kat wall adik2x kita..aku risau gler kalau mngganggu...takot member2x adik aku yang laen rasa cam overnya sister die nih...ok fine!!

Thursday, 7 March 2013

kita sendiri yang memilih jalan kita..

waktu orang lain sibuk berlari, aku terhenti..bukan di persimpangan, tapi atas jalan yang lurus..
tak terkata kosong yang ada..
tak terkata terasa kehilangannya..
bagai anak kecil kehilangan emaknya di tengah ribuan manusia..
tapi aku kehilangan arah tujuan saat orang lain sibuk berlari..aku boleh ikt dorang, tapi aku berhenti...aku tetap atas jalan aku sendiri...
dan sekarang, aku masih tertinggal di belakang.. :(

saja-saja

kawanlah yang akan memberi kekuatan kepada kita,
tapi kawan juga yang berpotensi melemahkan kita...

cinta mampu menjadikan kita kuat..
tapi cinta juga bisa melemahkan kita...

patut ke aku berterus terang dengan ko wahai en. blog aku yang x berapa nk kacak ni?!!!

aku tertipu!!!! aku tertipu dengan indahnya dunia.. aku tertipu dengan mainan cinta..
tak!! aku tak nak berkias! aku tak nak berlapik!! sekurang-kurangnya bukan dengan en. blog.. cukuplah sedunia aku dah tipu, tapi not en.blog.. walaupun cuma skejap, biar aku jadi diri sndri bila aku nak bersembang dgn en. blog..

ok, sekian..da bosan...tata - -

Tuesday, 5 March 2013

Masalah hati

Aku macam nak berpura-pura. Buat-buat tak tahu. Buat-buat tak Nampak. Buat-buat bodoh. Tapi, berapa banyak pun yang aku buat tak tahu, aku terlalu pandai or terlalu perasan maybe tok nafikan benda tu…
Berapa kali lidah boleh berkata tidak..berapa kali kita boleh membohongi hati kita..berapa kali kita boleh set pemikiran kita dan berapa banyak kita boleh cover bahasa badan kita..tapi, banyak manapun kita usaha, macam ikan nak menyorok dalam air yang jernih. Macam aku yang duduk dalam gelas kaca. Aku menyorok banyak manapun, orang Nampak aku dan orang menilai aku. So, kenapa kita manusia masih nak membohongi diri kita sendiri?!!! Why?..
Sebab aku nak protect diri aku..
aku cuba menafikan, tapi hati aku berdebar-debar,
aku cuba kata tak mungkin, tapi hati aku bukan milik aku..
aku cuba kata taknak, tapi hati aku yang sakit balik..
bahasa badan terlalu spontan untuk menipu apa yang aku katakana..bahasa badan menggambarkan apa yang hati aku nak..
hakikatnya aku tercari-cari, aku ternanti-nanti, aku tertanya-tanya dan aku pun memasang harapan..
tapi, biar benda ni stop kat sini jer. Cukup Me..kalau lebih-lebih, takut terjatuh lebih dalam lagi..:(
Apa yang boleh aku buat?!! Tuhan, jalan ni terlalu berliku untuk aku..Kuatkan aku.. Ini akan berlalu, Aku yakin yang itu. Biarlah aku sakit sekarang, biarlah aku meratap sekarang dari aku muntah darah di masa akan datang.. Respon aku sangat tinggi..

Bagai terhantuk


Aku, baik cakap or tulis..semua nak cepat habis..sebab apa?!! Aku pun tak tau..huuh…
Aku duduk dalam BT betul-betul buat aku critical thinking…sejauh mana aku boleh pergi dalam hidup aku..sejauh mana aku boleh capai dengan fikiran aku… aku terfikir ‘oh, aku kena kreatif, kena inovatif and kena kritis’..but how..aku tak tau caranya..apa kena duduk baca buku..apa kena banyak join program..or kena banyak berkawan dengan orang bijaksana and sini….tak tau okay… but then, tetiba terasa macam kepala aku kena ketuk… ‘hei Me, bukan macam tu caranya..caranya kenal dengan Allah…rapat dengan Allah.InsyaAllah, secara tidak langsung and slow-slow..jawapan tu akan muncul dalam fikiran kita…’
That’s it..aku orang islam..first thing yang aku kena buat; kembali kepada Allah, Tuhan yang cipta aku dan akal dan pemikiran aku.. itu dia..Alhamdulillah…orang islam kalau pergantungannya bukan  Allah,lambat laun hidupnya akan jadi tak bermakna jugak…
Lepas tu lagi ada orang cakap yang aku ni pemalu…aku macam erkk!!! Pemalu?!! aku diam..orang jahil menilai orang berdasarkan kapasiti imannya… dalam iman diorang takder perasaan malu..so aku ni kategori malu-malu manja and gedik!!!find…
But Me..hati-hati dengan lidah..terlajak perahu boleh undur, terlajak tulis boleh delete…tapi kalau terlajak kata, takutnya badan yang binasa..aku ni dah r type yang kalau ada benda yang aku rasa tak kena..melekat terus dalam hati and kepala otak aku sampai bila-bila…huhu…

Tuesday, 26 February 2013

yang sebenarnya...:(


Aku cakap aku malas nak bersosial..aku malas nak berkawan…hakikatnya aku tipu..hakikatnya aku cemburu..hakikatnya aku nakkan perhatian lebih dari orang lain..aku nak kawan sejuta kali lebih baik dari orang lain.. aku nak kawan sejuta kali lebih banyak dari orang lain..aku nak orang sayang aku..aku nak orang hargai aku..


Aku ada kawan-kawan macam tu kat keliling aku..tapi, orang yang tak menghargai, orang yang tak memberi perhatian, orang yang banyak menerima..orang tu aku..aku sendiri yang biarkan kawan-kawan aku pergi tinggalkan aku..aku sendiri yang biarkan kawan-kawan aku lupakan aku…aku yang jahat..aku cakap aku malas nak bersosial..tapi sebenarnya aku takut aku terluka…berapa ramai kawan yang singgah dalam hidup aku..semua aku biarkan macam air lalu…



Kepada seorang kawan yang aku sayang, tapi aku cemburu dalam diam.. aku tak harap aku hilang dia…L