Maknanya, aku memang ada fikirkan benda ni..dan aku memang nak luahkan benda ni...
di telan pahit nak di buang tak boleh..
Kenapa?!(Aku mulakannya bukan bermaksud nak mempertikai..) Kenapa satu kebaikan kecil yang aku buat akan di iringi satu kejahatan besar?!!Kenapa?
Kenapa sikap aku macam ni? siapa-siapa yang ada tips atau cara-cara untuk mengatasinya?..Aku penat..setiap hari aku berhadapan dengan masalah ni..
Sakit tahu tak bila kita melakukan kesilapan. bila kita melukakan hati orang lain berganda-ganda sakitnya menikam kita balik... Kenapa aku tak boleh berfikir dengan baik? kenapa aku tak boleh sedar yang aku tengah buat salah? kenapa aku biarkan diri di kuasai amarah dan nafsu??Kenapa aku lemah sangat?
soalan ni sebenarnya aku pulang dekat diri aku balik...aku sakit bila aku menyakiti... aku mengelak tapi aku tetap mengulang balik kesalahan tu..
Kadang-kadang sampai aku terfikir..apakah aku perlu give up salah satu dari dua tu?tinggalkan kebaikan dan aku takkan lakukan kejahatan... Tapi, aku taknak jadi sebodoh ni..Aku nak berusaha dan aku kena berusaha..aku tahu dalam kita berusaha, ada waktu kita akan tersungkur tapi..Cumanya kali ni, aku dah terlalu banyak sangat tersungkur, sampai aku tak pasti apa ada peluang untuk berjaya? apa ada penghujung yang indah untuk aku..
Untuk ibu yang telah akak sakiti hatinya dalam sedar dan normal dan waras..akak mintak maaf..kalian, sumpahlah aku, hinalah aku..kerana itu memang layak untuk orang seperti aku yang melukakan hati orang yang telah mempertaruhkan nyawanya demi aku yang masih lagi tak pasti akan memberi kebaikan kepadanya..Ibu, akak mintak maaf..akak lukakan hati ibu..
Pada mereka yang bergelar anak, sayangi orang tua kita..kerana di situ terletak keberkatan...dan jangan lupa, satu hari nanti kita akan ada anak jugak..jangan terkejut kalau apa yang kita buat hari ini akan di balas dengan lebih teruk lagi oleh anak kita..Sebab Allah dah kata, dosa orang yang derhaka pada ibu bapa ni, Allah balas dekat dunia lagi...
No comments:
Post a Comment