Dalam novel, ada jer wujud pertemuan x jangka antara watak si hero
dengan watak si heroin. Tapi dalam reality, aku takkan jumpa peluang tu
,melainkan aku usaha carik dia, usha dia, wat-wat terserempak dengan
dia..huhu.. Dan dalam novel kita dah boleh tau apa endingnya.. Tapi dalam
reality, kalau aku tak wat paper, atau selagi aku tak kawen aku tak tau n tak
pasti betul keh dia jodoh aku atau Cuma antara orang yang singgah dalam
perjalanan dalam hidup aku..huhu..aku jumpa dengan orang lain, aku jatuh cinta
dengan orang lain dan akhirnya aku kawen dengan orang lain..arghh ikutkan hati
tension berjuta kali..menyesal sangat-sangat..kenapa bukan dia yang pertama.. Aku
rasa sedih sangat dia bukan yang pertama untuk aku..aku sedih sangat buka dia
yang aku jatuh cinta dulu..walaupun dalam diri dia, aku bukan yang pertama,
tapi dalam diri aku, aku nak dia yang pertama dan selamanya untuk aku.. Sampai
syurga..
Sungguh betullah ayat
Allah dalam quran.. Perempuan baik, untuk lelaki baik, dan lelaki baik untuk
perempuan yang baik..memandangkan aku hati aku hati ‘second’, hati dia pun
jenis ‘second’.. Allah pertemukan kami.. Dia insyaallah yang terbaik Allah
sediakan untuk aku... Kami akan berusaha selepas ni,
Untuk mengejar redha
Allah.. Bila redha Allah yang kita kejar, segala penat lelah, segala usaha,
segala kerugian kita akan rasa berbaloi sebab keyakinan kita pada Allah..
Tapi, pernah tak kita
bayangkan pulak, macamana manusia yang bertuhankan kebendaan. Hidupnya adalah
dunia. Reality baginya adalah kesenangan dunia. Mereka tak tahu akhirat, mereka
tak percaya akhirat, dan mereka tak yakin dengan balasan akhirat..golongan ini
sebenarnya sangat menyedihkan… Bagi golongan ini, kemewahan, kemegahan, pangkat
dan darjat adalah segalanya… VIP menurut mereka adalah yang terhebat…
Golongan yang terlalu
menyanjungi dunia ini, bagaimana kalau satu hari nanti Allah tarik nikmat dia..
Mereka akan jadi orang yang terus kecewa dan sangat berputus asa. Sebagai contohnya
seorang hamba A, memandangkan dia bukan dari golongan yang kaya dan senang,
jadi sejak dia kecil lagi, dia dah berusaha..dia belajar
bersungguh-sungguh..dia lupakan keseronokan lain demi nak mencapai harta yang
banyak, kemudian si A ni masuk university dan akhirnya menjadi orang yang
Berjaya.. Selama hamper 40 tahun dia hidup adalah dengan tujuan untuk mengumpul
harta… Akhirnya bila dia menjangkau umur 50 tahun, si A merenung kembali
hidupnya..sekarang dia sudah tua.. Tapi sayang, dia tiada isteri, dia tiada
keluarga untuk di kongsi.. Dia tiada kawan yang boleh di percayai..hartanya
pula bila dia mati untuk di buat apa? Dia tak boleh bawak mati hartanya,
bukannya di gunakan pun waktu kat dalam kubur 2… Kaya, tapi terasa kosong..
Cuba lihat contoh si
B pulak… Dia pun macam si A..mengejar kekayaan.. Bezanya, dia berkahwin dan
punya ramai anak.. Setelah berpenat lelah mengumpul harta selama 40 tahun
lebih, tiba-tiba si B jatuh muflis.. Tak ke tertekan jiwa… Kumpul harta bagai
nak gila, tapi hilang sekelip mata macam tu jer… Dapat pulak hutangnya keliling
pinggang….anak-anak dan isteri lari meninggalkan dia di akhir hidup dia…
Cuba lihat contoh
orang si C pulak… Hidup mewah dan berharta..ada anak-anak yang Berjaya.. Namun satu
hari, si C ni jatuh sakit..di takdirkan dia kena strok… Mula-mula, anak-anaknya
berusaha bermacam cara biar si C ni boleh sembuh.. Namun akhirnya mereka mula
berputus asa sebab si C tak sembuh-sembuh juga.. Dan yang paling menyayat hati,
anak-anak ni rasa membazir menghabiSkan harta ke atas ayahnya yang bila-bila
masa akan mati.. Apa perasaan si C? Dia kumpul harta untuk bahagia, tapi
akhirnya dia jatuh sakit… Dia kumpul harta untuk anak-anaknya.. Tapi akhirnya
anak-anaknya tinggalkan dia…
Si A, si B dan si C…Mereka
berusaha mengejar segala-galanya.. Tapi, di akhirnya, segalanya terasa tak
bermakna.. Tapi, berbeza dengan kita orang Islam..lagi-lagi orang Islam yang
faham dan bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan…kita berusaha, tapi Allah
tak bagi, sedikit pun kita tak mengeluh bahkan kita bahagia dan bersyukur.. Kita
tak tamak mengejar dunia..tapi kita sibuk mengejar keuntungan
akhirat..segala-galanya adalah untuk akhirat.. Kita tahu, apalah sangat
untungnya dunia berbanding untung akhirat…Sebab di dunia, untungnya paling lama
80-90 tahun kita boleh guna.. Tapi rasanya, itupun bukan kita lagi yang guna.. Keturunan
kita.. Berbeza dengan akhirat..negeri abadi..untungnya adalah selama-lamanya.. Dan
hak milik kita mutlak sebagai hamba Allah yang bertakwa sewaktu hidup di dunia…

No comments:
Post a Comment