Wednesday, 10 October 2012

saya Lemah!




Ada 2 versi 

versi 1
Menyakitkan bila hati di jaga mengatasi menjaga kewajipan. Menyakitkan menafikan yang ramai demi menenangkan yang satu. Terasa nak cakap kuat-kuat kat telinga dia yang mulutnya lebih besar dari muka..Tapi hakikatnya aku yang lemah.. Lalu ia berganda2x akan kelemahannyaa kerana menyalahkan botol susu yang tak terbuka padahal diri sendiri x berusaha…
Petani tak menyalahkan cangkulnya.
Penulis tak menyalahkan penselnya.
Jadi jangan salahkan jariku…
Boleh x saya nak cakap macam ni, “>>………..>>>>………….>>……..>>…..”
Kata-kata tu aku tahan sebab akalku masih mampu mengawal nafsuku..
“marahku kerana egoku tercabar..ampunkan aku Tuhan”..



Versi 2
aku sang pengemis,
hadirnya sehabis madu aku curahkan..
walaupun ia untuk bekal panjangku lagi..
ku turutkan bukan atas kasih,
tetapi rasa hormatku..
kagum ku akan lebihnya dia..
tapi aku di paling bagai sehina-hina makhluk..
Tuhan, salahlah aku berharap pada yang binasa..
mengkagum buka pada yang selayaknya..
aku yang lemah..di hadapan-Mu, kau terimalah aku..ya Allah..

No comments:

Post a Comment