Friday, 12 October 2012

Sebagai Persediaan Hidup


Belajarlah susah, baru kita faham erti syukur..
Susah, bukan untuk menyusahkan..
Susah adalah cabaran..
Kita selalu bersedia menghadapi cabaran fizikal,
Panjat gunung, lumba basikal, running man, explorace..
Semua tu antara bentuk cabaran..kita sukakan cabaran seperti ini..dan berusaha untuk mengatasinya..
Walaupun bukan untuk menang dengan orang lain, tetapi sekurang-kurangnya kita menang untuk diri sendiri sebab kita berjaya lepasi cabaran yang di berikan..
Tapi kenapa, bila cabaran @ kesusahan betul datang kita cepat mengeluh? Kita terus berputus asa? Kita menyalahkan Tuhan.. kita terus rasa hidup kita tak adil?...  kenapa kita lemah sebelum berusaha?
Cabaran atau biasa kita sebut ujian dari Tuhan tak lain adalah cabaran yang sebenar-benarnya..mendidik diri kita..
“Selalu Ada Di Atas Kita Lupa Yang Ada Orang Di Bawah Kita.. Dan Bila Tuhan Letak Kita Di Bawah..Seolah-Olah Kitalah Yang Terendah.. “
Ada orang cakap teruskan hidup tanpa menoleh ke belakang. Tetapi sebenarnya kedang-kadang kita perlu menoleh kebelakang dalam hidup..untuk tahu sekiranya ada apa-apa yang kita tertinggal atau terlupa, untuk tahu siapa kita hari ini adalah kerana kita yang dulu.. dan untuk kita tahu.. “banyak cabaran yang telah aku lalui sebelum ni, kenapa kali ni aku tak boleh?”
Teringat pesan orang tersayang..
“Kalau kita naik kereta, kita tengok orang yang naik motor, kalau kita naik motor, kita tengok orang yang naik basikal, kalau kita naik basikal, kita tengok orang yang jalan kaki, dan kalau kita berjalan kaki, kita tengok orang yang tidak berkaki..”
Melihat orang bawah kita, bukan untuk menjadikan kita sombong atau takabur..tetapi untuk jadikan kita hamba yang lebih bersyukur.. sang cacat itu pun selalu bersyukur..
 “Alhmadulillah Allah jadikan aku tanpa kaki, aku terpelihara dari dosa kaki..dan dengan kecadatan ini, banyak dosa yang boleh aku hidari..dan dengan kecacatan ini, aku menjadi hamba yang lebih beringat dan bersyukur…ya Allah, apa yang kau jadikan dan kau takdirkan pada tiap-tiap hamba-Mu aku yakin kerana kasih Kau pada kami.. Cuma kadang-kadang kami terlalu jahil untuk memahami hikmah di sebaliknya.. ampunkanlah kami ya Allah.. dan pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai…”

Saya perasan orang yang kuat merungut di sekeliling saya adalah orang yang tak pernah susah. Segalanya sentiasa tersedia di depan mata. Sebab itu bila kesusahan datang, dia gagal mengatasinya. 
Dan tak lebih kalau saya cakap kebanyakan orang yang cerewet ni, memang jenis yang dah tersedia. Beza dengan orang yang susah or miskin.. Mereka selalu belajar menerima seadanya, sebab itu mereka jarang mengeluh dalam hal-hal yang kecil. 

No comments:

Post a Comment