Wednesday, 10 October 2012

Manusia Komplain!!!


Sometimes I wondering, do we really thanks to Allah?!
Di hadapan kita makanan yang telah terhidang sedia untuk di makan, dan kita pun bersuara “hmm..nasi ni macam lembik sikit lah…”, or kita akan kata… “lauk dia tak berapa nak sedap.. macam kurang uhm…”, ataupun “Eh, tawar giler sup ni!!!” dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya.:) kita complain makanan yang di hadapan kita! Sepertinya kita terlupa setiap hari berapa ramai yang mati sebab kebuluran.
Atau pada situasi yang lain, contohnya kita dapat asrama atau rumah sewa baru. “Hmm..kenapa dapat tingkat atas, aku nak tingkat bawah..” or “Rumah sewa ni kalau di cat sikitkan elok,” “kalau kat asrama ni ada tv best kan?!”
And again, kita terlupa berapa ramai lagi di luar sana yang masih tidur di bawah jambatan..
Manusia lupa, mudah lupa, senang terlupa atau sengaja terlupa. Kerana itu kita di ajar untuk saling mengingatkan..
Kita sangka kita hanya complain benda yang kecik-kecik, itu yang kita fikir. Tapi tak sedar yang maknanya sebenarnya mengundang rasa tidak bersyukur pada Allah.

No comments:

Post a Comment