Tuesday, 26 February 2013

yang sebenarnya...:(


Aku cakap aku malas nak bersosial..aku malas nak berkawan…hakikatnya aku tipu..hakikatnya aku cemburu..hakikatnya aku nakkan perhatian lebih dari orang lain..aku nak kawan sejuta kali lebih baik dari orang lain.. aku nak kawan sejuta kali lebih banyak dari orang lain..aku nak orang sayang aku..aku nak orang hargai aku..


Aku ada kawan-kawan macam tu kat keliling aku..tapi, orang yang tak menghargai, orang yang tak memberi perhatian, orang yang banyak menerima..orang tu aku..aku sendiri yang biarkan kawan-kawan aku pergi tinggalkan aku..aku sendiri yang biarkan kawan-kawan aku lupakan aku…aku yang jahat..aku cakap aku malas nak bersosial..tapi sebenarnya aku takut aku terluka…berapa ramai kawan yang singgah dalam hidup aku..semua aku biarkan macam air lalu…



Kepada seorang kawan yang aku sayang, tapi aku cemburu dalam diam.. aku tak harap aku hilang dia…L

Sunday, 24 February 2013

Result dah kuar..:)

no one to tell...tapi seriously excited giler...rasa cam nak meletup!! Alhamdulillah...:)
Aku bagi tau kawan aku yang result kita ni rahsia Allah..faham tak apa yang aku maksudkan rahsia?  Rahsia bukan sebab aku tak tau result yang laen berapa.. tapi rahsia sebab ada yang kita jangka bagus tapi tak bagus, ada yang kita tak harap pape dalam subjek tu, tapi alih-alih subjek tu yang mencantikkan result kita..tu yang aku maksudkan sebagai rahsia..Apapun, orang yang berusaha, pasti Allah akan tambahkan nikmatnya...
 Bersyukur aku atas nikmat yang kau berikan ini ya Allah..:)

Resepi Hidup



Apa resepi yang paling bagus dalam hidup kita..
Orang kata biar lebih garam..baru terasa bermakna…
Tapi bagi aku, resepi sebenar dalam hidup bila kita meletakkan bahan-bahan yang sepatutnya dengan kuantiti yang betul… tak perlu terlalu masin, tak perlu terlalu manis dan tak perlu terlalu pedas…
Dalam hidup, bila kita meletakkan sesuatu pada tempatnya, barulah hidup kita akan terasa lebih bermakna… terasa lebih bererti.. kita akan senang hati…tak perlu risau kita terlebih garam, tak perlu risau kita terkurang atau apapun..sebab apa? Sebab kita dah gunakan resepi yang betul…begitulah hidup..bila agama yang Allah amanahkan pada manusia di jalankan dengan penuh tanggungjawab, kita akan senang hati. Hamper dua dekad menjalani hidup, hari-hari yang paling bermakna bagi aku ialah hari yang aku tak pernah buat Sesuatu yang aku akan menyesal pada hari ini… banyak sangat benda yang aku kesalkan..banyak sangat benda yang buat aku rasa nak berpatah balik ke masa tu, dan aku betulkan silap aku.. terlalu banyak..
Banyak benda yang aku buat aku harap aku ikut kata Tuhan, bukan kata-kata manusia..aku membesar dengan banyak melihat orang dan yang malangnya mengambil sikap buruk orang sekeliling aku.. Itu benda yang paling aku menyesal sekali…
Aku sangat berharap waktu tu, aku ada pendirian sendiri..kalau aku takut, biarkan aku takut… so what?!!! Semua orang pun ada benda yang dia takutkan kan?!!! Kalau aku tak nak, sepatutnya aku tak payah buat…tapi sebab ikut orang..hari ini..walaupun baru dua dekad, tapi 9/10 dari hari-hari kebanyakannya adalah benda yang aku menyesal bila aku buat…
So, jangan cakap garam itu menjadikan hidup kita bermakna..dek kerana terlalu banyak garam, rasanya bertukar pahit..dan kerana tak nak orang lain merasa pahit yang sama yang pernah di rasai dulu, sebab tulah orang tua-tua selalu mengingatkan kita…
Aku sangat menghargai kata-kata nenek..:)

Thursday, 14 February 2013

sesuatu yang di luar jangkaan ku..



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Banyak yang aku nak cerita, tapi kebanyakannya aku dah lupa..Barangkali bahana dosa.. 
Kali ini pun aku dah lupa apa yang aku nak cerita..

Okeyla..aku cerita apa yang teringat di kepala...
Masa tak boleh di undur...
Banyak perkara yang kita lakukan di dunia ini yang kita kesali..
'kan bagus kalau aku tak buat macam ni..'
'menyesalnya aku cakap macam tu tadi..'
'kenapalah aku buat macam tu.'
Antara kata-kata kekesalan kita...Menyesal suatu perkara yang bagus. Sekurang-kurangnya di masa akan datang kita akan lebih berhati-hati...Tapi tahu tak, kalau tak buat sebenarnya lebih bagus..ya kan?!! Kalau boleh tak nak mulakan dan tak nak dekat pun dengan benda-benda yang kita bakal kesalkan ni..

Sebab tu dalam hidup ni kita kena berhati-hati..Kembali kepada Allah dan Rasul-Nya...


p/s : Aku masih belajar..

Ratu Hatiku

Puisi lama aku..agak banyak sedikit jiwang gak r..haha..zaman sekolah punya....


Seandainya awan seperti kapas,
Akan ku gumpal membentuk tulisan,
Aku kasihkan mu...


Seandainya bayu bisa bersuara,
Akan ku minta bisikkan ke telingamu,
Aku memerlukan mu...


Seandainya lautan bak kanvas lukisan.
Akan ku lakar wajamu,
Agar tak hilang wajah cantik ini,
Yang begitu sabar mendidik aku,
Sehingga aku besar,
Menjadi sesempurna ini...
Ibu, Abah,

KAULAH RATU HATIKU...

Tuhan, berapa banyak tahun, baru boleh aku membalas kepahitannya?
Berapa banyak gunung emas, baru boleh aku menggantikan keletihannya?
Berapa banyak kebahagiaan yang perlu aku baru, baru boleh menggantikan dukanya?

Aku tamak untuk mengasihi dua orang ini..
Tapi sebanyak manapun yang aku buat, 
budinya melahirkan aku, 
membawa aku ke dunia ini..
menyintai aku dan mengasihi aku di dunia ini, 
meyakinkan aku yang aku tak sendiri dalam dunia ini...
Sampai ke hujung nafas yang terakhir pun aku masih tak pasti,
Apakah segala jerit payahnya telah berbalas?!

 Aku akan berusaha..


 p/s : Yang warna merah ni yang aku baru update..yang lain-lain tu adalah beberapa tahun yang lepas punya.... 8 tahun ke 9 tahun eh?!!!

Aku dan Dia yang aku tak kenal

Hehe..tulis tajuk pun aku dah terasa macam di awang-awangan..hakhak....
aku tak tahu cerita penuhnya, tak tak.sebenarnya memang aku tak tahu pun apa jalan ceritanya...Samada benda ni dari pihak ayahnda aku ataupun dari pihak yang sebelah lagi..(Wah..tetiba aku rasa cam real giler, wlupun bnda bru dlm kpla otak aku..hukhuk)

Tapi, aku terlalu bijak untuk buat-buat tak tahu apa yang orang-orang keliling cakapkan..
And diam-diam aku pasang angan sendiri..and sekejap lepas tu pulak aku kembali kepada dunia nyata..
Dia yang aku tak kenal, aku tahu keluarganya baik-baik..dan aku yakin, dia juga pasti di kalangan orang yang baik-baik...


Sekarang aku bercakap dengan berpijak di bumi nyata..Pahit pucuk betik ini aku belajar untuk telan... Aku dengan dia yang aku tak kenal menurut pandangan aku adalah mustahil untuk bersama. jauhnya kami macam langit dan bumi.. Aku bukan orang baik-baik.. Dan aku taknak hancurkan orang baik-baik hanya kerana aku yang tamak nak jadi baik.. aku mencari orang seadanya aku.. sekurang-kurangnya cukup untuk membimbing aku dan membantu aku dan menjadikan aku bertanggungjawab untuk melindunginya, menjaga dia..
Dan yang terutama aku harap orang yang sayang dan kasihkan aku yang serba kekurangan ini dengan penuh kejujuran kerana Tuhanku..Cukup itu... Tapi, cukup yang aku mintak ni pun sebenarnya terlalu besarkan?!!huhu..

Aku tak rasa ini hasrat aku semata-mata.. Dalam mana-mana perhubungan pun kita mengharap dan menunaikan yang terbaik..ya kan??!! Jangan cuma berani meminta tetapi kedekut untuk memberi..Aku paling tak harap berjumpa dengan orang jenis ni...

Aku kena jujur..Aku seorang yang garang, Aku seorang yang manja, Aku seorang yang pemalas, Aku seorang yang kena di arah..Ego aku tinggi, Dan aku tak pandai nak memulakan sesuatu..Aku seorang yang tak pandai dalam banyak segi.....
Tolong jangan tengok aku kerana keluarga aku, Tapi tengok aku pada apa yang ada pada aku..
Aku yang banyak kecacatan ni..betulkan tak layak untuk dia yang aku tak kenal..Kita berdua, Aku dan Dia yang aku tak kenal...

Takdir Allah terlalu rahsia untuk di ketahui, Tetapi kita manusia berusaha.. Dan di penghujung hasilnya atau ketika dalam perjalanan untuk memperolehnya, kita akan tahu, betapa cantiknya takdir yang Allah tuliskan untuk hamba-hamba-Nya,selagi kita menurut syariat-Nya, selagi kita percaya kepada Allah, Dan kita bersyukur dengan apa yang Allah beri..:)

Apapun memohon petunjuk Tuhan adalah yang terutama..
Aku berharap yang terbaik di jalan hidup aku.. Tapi semua perbuatan yang aku buat mengarah aku ke arah yang sebaliknya, kerana itu aku semakin tak berani mengharap...
Angan-angan ni biar aku simpan sendiri.Menjadikannya suatu realiti, biarlah cuma di dalam mimpi..

Wednesday, 13 February 2013

Masih Sayang..

Sejujurnya aku sangat lemah. Dan benda yang paling teruk dan lemah yang aku pernah buat adalah : X mengaku betapa lemah, teruk and hinanya diri aku ni...Aku malu nak mengaku aku salah, aku tak rela di pandang orang yang aku salah.. dalam sejarah hidup aku pun aku tak nak simpan apa-apa kecacatan yang pernah aku buat.. Ini pulak dalam pandangan atau ingatan orang lain..Lagilah aku taknak!!!!
Tapi, tahi di sorok semampu manapun, baunya tetap merebak.. Walaupun aku tak cakap kesalahan aku, Orang nampak, dan orang tahu sebab orang melihat aku...

Aku di tarik dalam jemaah adalah benda yang paling aku syukuri dalam hidup aku..tapi aku lemah, ujian demi ujian, cabaran demi cabaran buat aku jatuh and keputusan terakhir yang aku buat adalah untuk lari dari jemaah... Ya! Keputusan yang paling bodoh yang pernah aku buat..Dan aku menyesal sampai ke hari ini.. ujian atau cabaran atau mehnah yang paling besar sebenarnya adalah diri aku sendiri. hati aku sendiri. Fikiran aku sendiri..
Nampak tak betapa teruk dan hinanya aku!!!
Sebab keputusan yang aku buat tu, sedikit demi sedikit aku mula jauh dari jemaah.. Tapi, aku macam orang yang duduk di simpang tiga..masih tak tahu nak masuk jalan kiri atau nak masuk jalan kanan. Aku nekad meilih jalan kiri. Aku nekad memilih dunia..huhu..betapa hinanya aku meninggalkam hidayah yang Allah beri pada aku untuk dunia..

Tapi, apa yang aku boleh buat?!! Tolong ya Allah, bagi tahu aku apa yang perlu aku buat? Apa yang mesti aku buat? Walaupun aku dah pilih jalan kiri, tapi setiap saat, waktu mahupun ketika aku tak henti-henti memandang ke jalan kanan yang aku tinggalkan... Sebab aku tahu, jalan dunia ini pun penghujungnya adalah sama dengan jalan kanan. Penghujungnya sama. Cuma jalan mana yang aku lalu baru aku akan jumpa penghujung yang baik ataupun sebaliknya.

Dan aku buat keputusan yang menurut aku sudah agak keterlewatan...Ya, Terlewat!! Dan jugak keputusan selfish and bodoh..Kalau nak di ikutkan sekali lah.. Aku tak boleh tinggalkan jalan kiri jadi aku akan berulang-alik ke jalan kanan.. Kalau aku bersama dengan kawan-kawan dari bahagian kiri ini.. aku akan bersikap seperti mereka. Merungut bila makanan yang sudah tersedia di hadapan tak sedap, Komplain tentang sikap orang lain tanpa pedulikan sikap kita. And blah-blah...

Dan bila aku bersama dengan sahabat-sahabat ni, bernafas yang hari-hari kita buat, yang namanya orang hidup perlukan pun dah rasa bersyukur sangat-sangat tak terhingga...Allah masih beri peluang aku hidup dan bernafas dalam udara yang segar ini. bukan

Ini baru betul-betul di namakan HIPOKRIT!!! Dan korang tahu tak apa yang terjadi pada aku bila aku buat macam tu?!! Jeng jeng jeng.. aku terjatuh okey?!! Jatuh kat mana? Jatuh kat dalam lubang tahi!!! sedia ada aku hari ini maknanya lebih teruk dan hina lagi dari aku sebelum kenal jemaah.. Sebelum ni aku bersungguh-sungguh nak sorokkan tai tu tapi sekarang berlumuran kat seluruh badan aku..

Ya Allah, aku dah jatuh sebegini dalam, aku dah jadi tersangat hina..Sekarang aku sedar silap aku, bantulah aku ya Allah..Bantulah aku mencari jalan pulang..Istiqamahkanlah hati aku akan hal-hal kebaikan...Pimpinlah aku untuk kembali mengangungkan agama-Mu ya Allah..Bantulah aku....Aku pohon sangat-sangat ya Allah..Berapa kali aku cuba bangun, tapi akau gagal ya ALlah..maka aku pohon, aku pohin sangat-sangat pada-Mu ya Allah..bantulah aku untuk keluar dari lembah hina ini.. Aku masih sayangkan jemaah dan aku masih sayangkan diri aku sendiri Tuhan.. Jadikanlah aku antara hamba yang penting kepada-Mu...Aku pohon sangat-sangat... Selepas ini, aku takkan mudah berasa lega akan sesuatu.. aku takkan mudah berpuas hati..maka ya Allah, bantulah aku..Bantulah hati aku, perasaan aku, suasana aku..keadaan aku..sahabat-sahabat aku..bantulah ya Allah..

Friday, 8 February 2013

Lesen L

Okayh..walaupun aku dah hampir lupa perasaan aku time lulus lesen komputer tadi, tapi since aku dah janji dengan diri sendiri nak tulis kat sini..so, aku akan ceritakan kat korang macamana benda yang remeh or sekecik ni boleh buat dada aku rasa cam nak meletop..nervous and full of exciting. one of colour from my life...hehe...
buat aku termenung, kalau kita bersyukur, benda yang kecil pun kelihatan indah jugak sebenarnya...:)
Aku mulakan pagi dengan tidak berapa nak berperasaan..aku tak expect apa-apa dengan result aku hari ini..yang aku tau, aku kena lulus..kalau tak memang masak r aku kena bahan dengan adik-adik aku nanti..huh..part kena bahan tu yang paling tension sebenarnya..
and sampai kat sana..tunggu untuk bberapa belas minit pah2 aku masuk test..first test seperti yang kita semua warga Malaysia tahu adalah test warna n mata..ye kan?? ok..baru jawab soalan tu komputer tu tulis kat situ..GAGAL..ibu..tolong akak..malu maaaa..takkan baru masuk bbrapa saat dah nak kuar exam..nak kata hebaat memang tipu la kan...aku pun tunggu r kat situ..bajet nak kuar sekali dengan bdk yang masuk sblum aku..tapi, orang yang tak sabar cam aku takder kekuatan nak tunggu..bru brapa saat tunggu aku bangun dengan muka tak malu n pura-pura confident pergi kat kaunter nak cakap yang aku dah gagal..belum sempat aku bersuara akak kaunter tu cakap awal-awal..

"dia tulis GAGAL tapi markah tak keluar yer?"
aku yang terpinga-pinga kena tanya pun terus mengangguk..bagus akak ni, jimat air liur aku time tu..
"Adik tekan Alt + F4, Pastu tekan firefox"
sekali lagi aku terpinga-pinga..'Oh, aku tak gagal r..hahahah...Alhamdulillah..'
Save malu aku time tu..n aku pun continue..
di pendekkan cerita aku cuma dapat 38..gagal r tu..
aku nak repeat time tu jugak..untung rezeki ramai pulak yang senasib dengan aku..so, kitorang pun repeat sesama bebalik..

Okey, masuk yang kali kedua ni baru aku terasa real gila..macam nak masuk SPM dulu-dulu..huh..nak jawab exam tapi tak baca buku...bila nama aku kena panggil, aku tak terus masuk.,,ingat nak tunggu yang repeat sama dengan aku n masuk sama-sama. Serius nervous time tu bila masuk ke bilik exam lagi sekali..dapat pulak aircond macam nak duduk kat kutub utara jer..menggigil tangan butang mouse nak jawab soalan..Kali ni memang giler berhati-hati jawab exam..aku fikir malu, aku fikir dah kena bayar RM40.00 and aku fikir kena gelak kat rumah kalau dua kali aku amik still gagal gak....ujian di dalam ujian...


And Alhamdulillah cam tak cayer bila nampak 46/50..punyer nervous sampai tercari-cari manalah perkataan LULUS ni..rupa-rupanya kat atasnya jer...Tuhan jer yang tahu perasaan bersyukur, teruja n excited aku time tu..Alhamdulillah sangat-sangat lulus kali kedua ni..Rasa nak bagitau semuaorang..tapi setakat lesen L..Oh, pehles lah..takder orang nak heran kot..member2x aku sumer dah lepas bbrapa tahun yang dulu okey...

ok lah..stkt di sini celoteh aku ari ni..esok lusa kalau ada benda yang aku teruja n berkesampatan..aku update lagi kat sini ye..Cau cin cau..