Pepatah melayu
ada cakap “Air di cincang takkan putus” mengibaratkan tentang sebuah hubungan
darah terutamanya adik beradik. Jauh mana perbezaan, adik beradik itu datangnya
dari rahim yang sama, ibu dan bapa yang sama jadi tak mungkin akan terpisah.
Ya,
gaduhlah, peranglah banyak mana pun antara adik beradik. Si Along kata begini,
si Angah kata begitu, mereka tetap adik beradik. Darah yang sama mengalir.
Reality hari
ini menunjukkan bermacam-macam wajah orang di sekeliling. Reality yang teramatlah
hodoh. Lalu antara adik beradik boleh tak sebulu kerana terpengaruh dengan
mulut-mulut jahat di sekelilingnya. Lalu antara adik beradik boleh bermasam
muka kerana lebih mendengar kata-kata keluarga sendiri berbanding berbincang
dulu. Antara adik beradik berani siytihar perang kerana harta. Dan ada yang
tegar berbunuhan! Subhanallah.
Aku dan
adik beradik aku.. Aku ada cita-cita yang tinggi dengan diorang. Nak bukak satu
rumah kebajikan untuk orang tua-tua. Hehe…Best tak cita –cita aku?!!! Ada lagi
benda lain yang aku nak buat, tapi yang tu biarlah rahsia dulu.
Dan
sabda Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam ,
"Allah (akan) memberikan pertolongan kepada hamba, selama hamba itu memberikan pertolongan kepada saudaranya." (HR)
"Allah (akan) memberikan pertolongan kepada hamba, selama hamba itu memberikan pertolongan kepada saudaranya." (HR)
Tapi,
sebelum melangkah dan meneroka lebih jauh kedalam impian aku, aku kena melihat
beberapa rrrealiti………
1)
Sekarang, waktu ni, waktu masih di bawah tanggungan ibu
dengan abah, memang r kitorang boleh sebulu lagi tapi, cuba bila kitorang dah
besar nanti..
·
Dah kahwin. Of kors ada bini sendiri or laki sendiri.
·
Ada tanggungjawab sendiri.
·
Keputusan bukan kat tgn dorang semata2x. Tapi kena
bincg dgn kluarga dorang..
·
Pastu ktorang mgkin akan banyak perbezaan pendpt..
·
Masalah kewangan mungkin akan jadi isu?
So..mcamana?
Jadi x?
Huhu.. Sebab
tu dari sekarang aku nak tanamkan sifat ukhuwah antara aku dengan adik-adik
aku. Nak simpulkan tali ikatan adik beradik ni dengan tali Allah. Barulah lebih
bermakna sebuah hubungan adik-beradik ni.
Mampukah
aku? Berjayakah aku? Dengan situasi sekarang yang adik-adik aku yang semakin
membesar, dan matang, dengan aku yang selalu berjuahan dengan keluarga. Manusia merancang, Allah yang menetukan. “Ya
Allah, alirkanlah rasa kebersamaan antara kami kerana Engkau ya Allah. Engkau
sebaik-baik tempat mengadu”
Harta benda dan anak-pinak itu,
ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal salih yang kekal faedahnya itu
lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai
asas yang memberi harapan. (18:46)
Aku tak
pasti penghujung impian dan mimpi aku ni apa. Samada terkubur menjadi mimpi
atau tersergam menjadi kenyataan…tapi, manusia yang berusaha kearah kebaikan,
bukankah Allah akan menolong?
Bukankah Allah cukup untuk mengawal
dan melindungi hambaNya (yang bertakwa)? (39:36)
p/s
Ini dah lama, tapi tak lah lama sangat. Buat masa ni, impian ni masih dalam
arkib aku jer lagi..huhu..

No comments:
Post a Comment