Hari ni saya nak bawak anda semua mengira..Mengira berapa banyak kebaikan yang telah kita lakukan dalam satu hari...Ini cuma kiraan kasar,sebagai persediaan kepada kita..selebihnya adalah urusan dan rahsia Allah... kadang-kadang kita rasa kita dah buat paling banyak kebaikan dalam hidup kita..Rupa-rupanya nilainya di sisi Allah sangat buruk.sebab apa?! sebab kita tak ikhlas dan sebab kita riyak..
Dan ada manusia buat jahat sehingga dia terasa tiada ruang untuknya berpatah balik, tapi di hujung usianya dia bertaubat.. Siapa tahu kan perjalanan hidup kita.
Teringat pesan abah..'Perjalanan hidup kita ni, kita tak tahu..' Mungkin kata-kata ni kedengaran biasa tapi besar sebenarnya makna di sebaliknya. Kita semua tak tahu tarikh mati kita. Oleh itu manusia kena bersedia.
Kira-kira yang saya bawak ni lebih kepada sudut negatif.. Maksudnya orang yang memang hari-hari payah nak jumpa dia buat baik dengan Tuhan.
Sehari ada 24 jam..
9.00p.m-12.35p.m –
kita duk lepak dengan bukan mahram (dosa)
12.35a.m-2.30 a.m-
bersembang dengan ajnabi (dosa) melunakkan suara(dosa) menggunakan kata-kata
yang menggoda(dosa)berkhayal akan yang tidak elok(dosa)
2.30a.m-3.0a.m-
berkhayal akan hal yang tidak eok/zina hati (dosa)
6.00a.m-11.00 a.m-
masih tidur dan tidak menunaikan solat subuh(dosa)
11.00 a.m -12.00 p.m
– mandi dan hal-hal yang sewaktu dengannya.
12.30 p.m – makan
1.00 p.m –4.30 p.m –
buat kerja sambil berfacebook/leka dengan facebook /bersms dengan yang bukan
mahram, tak solat zohor(dosa)
4.30p.m-5.00
p.m-bersiap nak main
5.00-7.30p.m –main
sampai tak solat asar(dosa)
7.30-8.30 p.m –
tidur sebab keletihan dan tak solat maghrib
8.30p.m-9.00 p.m –
bersiap-siap nak keluar melepak or berdating.
Kalau kita selusur
perjalanan hidup kita seharian, kita lebih banyak buat dosa atau tak dapat
apa-apa dari apa yang kita usahakan. Kenapa? Sedangkan Tuhan ciptakan kita
untuk beribadah.
Sedangkan kita tahu.
Satu hari nanti kita akan mati. Sedangkan kita tahu, masa takkan mungkin boleh
berundur kembali. Sedangkan kita tahu yang Allah itu pasti, akhirat itu pasti,
syurga dan neraka pasti,tapi kenapa?
Sebab manusia tak
faham mana kaca, mana permata. Sebab manusia sudah terkena penyakit wahn..
cintakan dunia dan takutkan mati.
Seorang perekacipta
merekacipta dua buah kereta. Ia memberikan prinsip yang betul pada kereta itu.
Kalau stereng dipusing ke kanan ia akan ke kanan, dan kalau dipusing ke kiri ia
akan kekiri. Di tekan brek dia berhenti dan di tekan minyak kereta itu jalan.
Tapi kereta kedua dengan prinsip yang sama bertindak sebaliknya. Di tekan brek
ia jalan di tekan minyak ia berhenti. Di pusing ke kanan ia ke kiri, di pusing
ke kiri ia kekanan. Kenapa? Kita sendiri secara warasnya tidak dapat berfikir
kenapa kereta itu macam 2? Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta
kedua itu. Pasti kereta kedua itu rosak. ya! memang kereta kedua tu rosak.
macam tu juga manusia..
Allah menciptakan manusia, tapi tiba-tiba di lihat manusia-manusia ini semuanya
ingkar akan Allah..akal kita pasti akan rasa benda ni tak logic. Allah
menciptakan kita tanpa meminta apa-apa, bahkan siap mnyediakan perturan hidup
yang sesuai untuk kita dan kita pulak
mengingkari peintahnya malahan ingin lari dari kekuasaan Tuhan..
Boleh kalau manusia
tu nak lari dari Allah, tapi tinggalkan segala apa yang Tuhan beri pinjam
kepada kita. Jangan buat muka tak reti malu pulakkan.. nak lari kat jalan
sendiri iaitu ingin bebas katanya tapi dengan pinjaman Allah.
Perumpamaannya kalau
orang bagi kita pinjam barang, tapi tak
reti2x nak pulangkan balik, pahtu buat macam harta tu keturunan dia yang
punya!!! Serius tak reti malu!!!


No comments:
Post a Comment