Wednesday, 10 October 2012

Bersabar

 Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. (Surah Yasin : 82)
Sedikit kesenangan kadang boleh membuatkan manusia lupa.. Lupa yang dirinya hanyalah pinjaman Allah.. Lupa yang segala kesenangan itu bersifat sementara, sangat sementara.. Lupa yang Allah itu ada.. Dekat dan sentiasa Maha Memerhati hamba-hamba-Nya..
Orang beriman dirinya akan sentiasa di uji.. Di uji dari jalan yang tak terjangka.. Sebab Allah mahu menaikkan darjat hamba yang di uji itu.. Menilai taraf imannya dan menaikkan taraf imannya..
Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Surah Al-Ankabut :2)
Orang beriman bila Allah uji, hatinya mudah lapang.. Kepercayaannya hanya pada Allah.. Tauhidnya kuat kepada Allah.. Tak mudah mendengar dia mengeluh melainkan hanya kepada Allah.. Tak mudah dia merintih melainkan hanya di hadapan Allah..
Hidupnya yang berkat dan penuh redha Allah, menjadikan dia seorang yang lapang..seolah-olah tak pernah di himpit dengan masalah. Cinta dan yakinnya kepada Allah menutup segala kesusahannya...
Rasulullah s.a.w sendiri pernah berfiman :
“Sungguh ajaib dalam urusan orang Mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara, ini tidak berlaku melainkan kepada orang Mukmin. Sekiranya dia di beri sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur, maka kebaikan baginya, dan apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya.” (Riwayat Muslim)
Aneh orang yang bertakwa ni. Kadang-kadang ujian yang di datangi menuju jalan buntu dek kerana kuatnya musuh.. Kadang ujian yang di datangi tak terjangka sehingga mampu menggoyah iman… Namun, semuanya di kembalikan kepada Allah.. Semuanya di serahkan kepada Allah setelah berusaha dan bersabar sehabis mungkin.. Kerana yakin, semua yang terjadi pasti terkandung hikmah di sebaliknya.. Kerana Allah pasti menyediakan yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya..
Allau jualah tempat manusia bergantung dan berharap…
Bersabarlah dengan ujian.. Kerana syurga Allah itu manis..
Muhasabahlah diri..mungkin kerana ada silap dan khilaf yang kita lakukan telah mendapat murka dan redha Allah…
Sebab itu, bila ujian Allah datang, jangan cepat mengeluh, jangan mudah berputus asa.. Jangan senang kecewa.. Berusaha mencari solusinya.. Tak mudah, dan kadang jalan solusinya nampak kabur… Tapi, tak cuba kita takkan tahu hasilnya.. Dan lagi, Allah tak melihat natijah apa yang kita buat.. Tapi Allah tanya apa yang telah kita usahakan… berusaha dan berserahlah pada Allah.. itu cirri orang beriman…

No comments:

Post a Comment