Saturday, 13 October 2012

Adik beradik..



Pepatah melayu ada cakap “Air di cincang takkan putus” mengibaratkan tentang sebuah hubungan darah terutamanya adik beradik. Jauh mana perbezaan, adik beradik itu datangnya dari rahim yang sama, ibu dan bapa yang sama jadi tak mungkin akan terpisah.
Ya, gaduhlah, peranglah banyak mana pun antara adik beradik. Si Along kata begini, si Angah kata begitu, mereka tetap adik beradik. Darah yang sama mengalir.
Reality hari ini menunjukkan bermacam-macam wajah orang di sekeliling. Reality yang teramatlah hodoh. Lalu antara adik beradik boleh tak sebulu kerana terpengaruh dengan mulut-mulut jahat di sekelilingnya. Lalu antara adik beradik boleh bermasam muka kerana lebih mendengar kata-kata keluarga sendiri berbanding berbincang dulu. Antara adik beradik berani siytihar perang kerana harta. Dan ada yang tegar berbunuhan! Subhanallah.
Aku dan adik beradik aku.. Aku ada cita-cita yang tinggi dengan diorang. Nak bukak satu rumah kebajikan untuk orang tua-tua. Hehe…Best tak cita –cita aku?!!! Ada lagi benda lain yang aku nak buat, tapi yang tu biarlah rahsia dulu.
Dan sabda Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam ,

"Allah (akan) memberikan pertolongan kepada hamba, selama hamba itu memberikan pertolongan kepada saudaranya." (HR)

Tapi, sebelum melangkah dan meneroka lebih jauh kedalam impian aku, aku kena melihat beberapa rrrealiti………
1)       Sekarang, waktu ni, waktu masih di bawah tanggungan ibu dengan abah, memang r kitorang boleh sebulu lagi tapi, cuba bila kitorang dah besar nanti..
·         Dah kahwin. Of kors ada bini sendiri or laki sendiri.
·         Ada tanggungjawab sendiri.
·         Keputusan bukan kat tgn dorang semata2x. Tapi kena bincg dgn kluarga dorang..
·         Pastu ktorang mgkin akan banyak perbezaan pendpt..
·         Masalah kewangan mungkin akan jadi isu?
So..mcamana? Jadi x?
Huhu.. Sebab tu dari sekarang aku nak tanamkan sifat ukhuwah antara aku dengan adik-adik aku. Nak simpulkan tali ikatan adik beradik ni dengan tali Allah. Barulah lebih bermakna sebuah hubungan adik-beradik ni.
Mampukah aku? Berjayakah aku? Dengan situasi sekarang yang adik-adik aku yang semakin membesar, dan matang, dengan aku yang selalu berjuahan dengan keluarga.  Manusia merancang, Allah yang menetukan. “Ya Allah, alirkanlah rasa kebersamaan antara kami kerana Engkau ya Allah. Engkau sebaik-baik tempat mengadu”
Harta benda dan anak-pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (18:46)
Aku tak pasti penghujung impian dan mimpi aku ni apa. Samada terkubur menjadi mimpi atau tersergam menjadi kenyataan…tapi, manusia yang berusaha kearah kebaikan, bukankah Allah akan menolong?
Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertakwa)? (39:36)
p/s Ini dah lama, tapi tak lah lama sangat. Buat masa ni, impian ni masih dalam arkib aku jer lagi..huhu..

Friday, 12 October 2012

movie 2012




 
Aku akan jadi manusia yang paling menyesal sekali dalam dunia ni...
menyesal yang x berkesudahan...
oleh kerana kerak bumi di katakan cair pada tahun 2012...
dan sekarang dah masuk tahun 2012,*(dah nak hujung tahun pun okey?!!!)
so, macamane manusia bley ada yang hidup lagi....
sungguh, aku x dapat nak feel citer 2(korang tengokkan filem 2012 tu)...
sebab jelas depan mata...
TIPU....
tapi, x per r... manusia dah prepare nak kiamatkan...siap ada kapal besar bagai..
so, terima tanpa membenarkan ada hati yang terluka...

biasa x kalau korang tengok filem..
time2 gempak antara hidup dan mati,
mesti ada hero selamatkan or something yg
membuatkan watak 2 utama akan trus hidup n terselamat...

mana-mana movie pun,baik filem Tamil, Hindustan, Cina, Korea and Malaysia..

tapi, realiti x seindah drama ciptaan manusia...
saat islam di jajah...
kita cuma mampu terdiam..
saat islam di hina..
kita hanya mampu melihat..
saat beribu gadis islam di rogol..
di penjara di merata2 dunia...
lelaki masih lagi berpoya2x..
pemimpin negara islam lain..
ambil langkah x mau masuk campur..
katanya i2 bukan isu islam...
so, isu apa?!!!!!????
palestin di jajah bukan isu islam?!!?
umat islam di bunuh macam semut bukan isu islam?!!!
al-aQsa nak jatuh ke tangan Yahudi bukan isu Islam???!!
Kiblat pertama umat islam nak di robohkan bukan isu Islam??!!!
so, isu siapa?!!!!
orang kafir xkan mampu sentuh Islam bila umat Islam bersatu...
berapa ramai pemikir yahudi dan nasrani..
membicarakan tentang kelemahan Islam...
"Kalau umat Islam bersatu... dunia akan di timpa musibah..."
dan kitapun membenarkan kata2 mereka.... iaitu ambil langkah taknak bersatu..tak berani menentang kuasa barat.


kita tahu, tapi kita buat bodoh...
tak percayakah kita dengan janji Allah,
kata-kata Penghulu segala nabi??!!!!
"Jika kamu memelihara agama Allah, Allah akan memelihara-Mu.."
"doa adalah senjata orang islam..."
kita di pihak yang benar...
kenapa kita mesti takut?!!
kenapa harus lemah?!!!
bangkitlah pejuang Islam...
berjuanglah...
berjuang x semestinya di medan perang...
banyak lagi medan yang kita boleh guna..

untuk memperjuangkan umat islam...
masalah umat bukan masalah ustaz atau pemimpin, tapi masalah semua yang bergelar khalifah di atas muka bumi ini.

Sebagai Persediaan Hidup


Belajarlah susah, baru kita faham erti syukur..
Susah, bukan untuk menyusahkan..
Susah adalah cabaran..
Kita selalu bersedia menghadapi cabaran fizikal,
Panjat gunung, lumba basikal, running man, explorace..
Semua tu antara bentuk cabaran..kita sukakan cabaran seperti ini..dan berusaha untuk mengatasinya..
Walaupun bukan untuk menang dengan orang lain, tetapi sekurang-kurangnya kita menang untuk diri sendiri sebab kita berjaya lepasi cabaran yang di berikan..
Tapi kenapa, bila cabaran @ kesusahan betul datang kita cepat mengeluh? Kita terus berputus asa? Kita menyalahkan Tuhan.. kita terus rasa hidup kita tak adil?...  kenapa kita lemah sebelum berusaha?
Cabaran atau biasa kita sebut ujian dari Tuhan tak lain adalah cabaran yang sebenar-benarnya..mendidik diri kita..
“Selalu Ada Di Atas Kita Lupa Yang Ada Orang Di Bawah Kita.. Dan Bila Tuhan Letak Kita Di Bawah..Seolah-Olah Kitalah Yang Terendah.. “
Ada orang cakap teruskan hidup tanpa menoleh ke belakang. Tetapi sebenarnya kedang-kadang kita perlu menoleh kebelakang dalam hidup..untuk tahu sekiranya ada apa-apa yang kita tertinggal atau terlupa, untuk tahu siapa kita hari ini adalah kerana kita yang dulu.. dan untuk kita tahu.. “banyak cabaran yang telah aku lalui sebelum ni, kenapa kali ni aku tak boleh?”
Teringat pesan orang tersayang..
“Kalau kita naik kereta, kita tengok orang yang naik motor, kalau kita naik motor, kita tengok orang yang naik basikal, kalau kita naik basikal, kita tengok orang yang jalan kaki, dan kalau kita berjalan kaki, kita tengok orang yang tidak berkaki..”
Melihat orang bawah kita, bukan untuk menjadikan kita sombong atau takabur..tetapi untuk jadikan kita hamba yang lebih bersyukur.. sang cacat itu pun selalu bersyukur..
 “Alhmadulillah Allah jadikan aku tanpa kaki, aku terpelihara dari dosa kaki..dan dengan kecadatan ini, banyak dosa yang boleh aku hidari..dan dengan kecacatan ini, aku menjadi hamba yang lebih beringat dan bersyukur…ya Allah, apa yang kau jadikan dan kau takdirkan pada tiap-tiap hamba-Mu aku yakin kerana kasih Kau pada kami.. Cuma kadang-kadang kami terlalu jahil untuk memahami hikmah di sebaliknya.. ampunkanlah kami ya Allah.. dan pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai…”

Saya perasan orang yang kuat merungut di sekeliling saya adalah orang yang tak pernah susah. Segalanya sentiasa tersedia di depan mata. Sebab itu bila kesusahan datang, dia gagal mengatasinya. 
Dan tak lebih kalau saya cakap kebanyakan orang yang cerewet ni, memang jenis yang dah tersedia. Beza dengan orang yang susah or miskin.. Mereka selalu belajar menerima seadanya, sebab itu mereka jarang mengeluh dalam hal-hal yang kecil. 

Kira-Kira

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak bawak anda semua mengira..Mengira berapa banyak kebaikan yang telah kita lakukan dalam satu hari...Ini cuma kiraan kasar,sebagai persediaan kepada kita..selebihnya adalah urusan dan rahsia Allah... kadang-kadang kita rasa kita dah buat paling banyak kebaikan dalam hidup kita..Rupa-rupanya nilainya di sisi Allah sangat buruk.sebab apa?! sebab kita tak ikhlas dan sebab kita riyak..
Dan ada manusia buat jahat sehingga dia terasa tiada ruang untuknya berpatah balik, tapi di hujung usianya dia bertaubat.. Siapa tahu kan perjalanan hidup kita.
Teringat pesan abah..'Perjalanan hidup kita ni, kita tak tahu..' Mungkin kata-kata ni kedengaran biasa tapi besar sebenarnya makna di sebaliknya. Kita semua tak tahu tarikh mati kita. Oleh itu manusia kena bersedia.
Kira-kira yang saya bawak ni lebih kepada sudut negatif.. Maksudnya orang yang memang hari-hari payah nak jumpa dia buat baik dengan Tuhan.


Sehari ada 24 jam..
9.00p.m-12.35p.m – kita duk lepak dengan bukan mahram (dosa)
12.35a.m-2.30 a.m- bersembang dengan ajnabi (dosa) melunakkan suara(dosa) menggunakan kata-kata yang menggoda(dosa)berkhayal akan yang tidak elok(dosa)
2.30a.m-3.0a.m- berkhayal akan hal yang tidak eok/zina hati (dosa)
3.00a.m-6.00 a.m- tidur
6.00a.m-11.00 a.m- masih tidur dan tidak menunaikan solat subuh(dosa)
11.00 a.m -12.00 p.m – mandi dan hal-hal yang sewaktu dengannya.
12.30 p.m – makan
1.00 p.m –4.30 p.m – buat kerja sambil berfacebook/leka dengan facebook /bersms dengan yang bukan mahram, tak solat zohor(dosa)
4.30p.m-5.00 p.m-bersiap nak main
5.00-7.30p.m –main sampai tak solat asar(dosa)
7.30-8.30 p.m – tidur sebab keletihan dan tak solat maghrib
8.30p.m-9.00 p.m – bersiap-siap nak keluar melepak or berdating.
Kalau kita selusur perjalanan hidup kita seharian, kita lebih banyak buat dosa atau tak dapat apa-apa dari apa yang kita usahakan. Kenapa? Sedangkan Tuhan ciptakan kita untuk beribadah.
Sedangkan kita tahu. Satu hari nanti kita akan mati. Sedangkan kita tahu, masa takkan mungkin boleh berundur kembali. Sedangkan kita tahu yang Allah itu pasti, akhirat itu pasti, syurga dan neraka pasti,tapi kenapa?
Sebab manusia tak faham mana kaca, mana permata. Sebab manusia sudah terkena penyakit wahn.. cintakan dunia dan takutkan mati.

Seorang perekacipta merekacipta dua buah kereta. Ia memberikan prinsip yang betul pada kereta itu. Kalau stereng dipusing ke kanan ia akan ke kanan, dan kalau dipusing ke kiri ia akan kekiri. Di tekan brek dia berhenti dan di tekan minyak kereta itu jalan. Tapi kereta kedua dengan prinsip yang sama bertindak sebaliknya. Di tekan brek ia jalan di tekan minyak ia berhenti. Di pusing ke kanan ia ke kiri, di pusing ke kiri ia kekanan. Kenapa? Kita sendiri secara warasnya tidak dapat berfikir kenapa kereta itu macam 2? Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta kedua itu. Pasti kereta kedua itu rosak. ya! memang kereta kedua tu rosak.
macam tu juga manusia.. Allah menciptakan manusia, tapi tiba-tiba di lihat manusia-manusia ini semuanya ingkar akan Allah..akal kita pasti akan rasa benda ni tak logic. Allah menciptakan kita tanpa meminta apa-apa, bahkan siap mnyediakan perturan hidup yang sesuai untuk kita  dan kita pulak mengingkari peintahnya malahan ingin lari dari kekuasaan Tuhan..
Boleh kalau manusia tu nak lari dari Allah, tapi tinggalkan segala apa yang Tuhan beri pinjam kepada kita. Jangan buat muka tak reti malu pulakkan.. nak lari kat jalan sendiri iaitu ingin bebas katanya tapi dengan pinjaman Allah.
Perumpamaannya kalau orang bagi kita pinjam barang,  tapi tak reti2x nak pulangkan balik, pahtu buat macam harta tu keturunan dia yang punya!!! Serius tak reti malu!!!