Wednesday, 30 April 2014

Puisi dari facebook

24 Mac 2014
aku takkan persoalkan...
aku mohon diperdengarkan..
aku mohon jawapan..
dan aku tiada kekuatan untuk menerima tidak...
aku akan terus melangkah..
walaupun aku mesti menipu diri sendiri..
untuk terus percaya..
peluang itu sentiasa ada...
mesti ada..
& akan ada..
walaupun setiap hari,
harapan itu makin pudar..
kepercayaan ku semakin goyah..
tetapi jika tidak aku berpegang pada tali ini..
jika tidak aku bergantung pada tali ini..
nescaya aku bukan aku..
Ya Allah..ku pohon terimalah kembali aku...



23 April 2014
 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

maka matahari menurut perintahnya..
membenamkan dirinya..
membawa senja..
menghadirkan malam..
dan bulan pun datang..

Apa bait yang mampu ku ucap..
tanda syukurku pada-Mu ya Allah..
Memberi peluang aku bernafas..
Walaupun setiap hela tidak selayaknya aku miliki..
Kerana melupakan-Mu lebih banyak dari mengingati-Mu...



23 April 2014
 melangkah ke alam dewasa..
aku mula belajar realiti..
mengukuhkan kepercayaan..
menyematkan keyakinan..

bahawa karma itu benar..
dan Tuhan meletakkan sesuatu pada tempat-Nya..

tetapi, andai aku yang teraniaya lemah membisu...
jangan menyalahkan mereka yang memukul...
jangan menyalahkan mereka yang menghina..
jangan menyalahkan mereka yang jahat..

salahkan diri..
yang tak berusaha untuk berjuang..
berjuang untuk hak diri..
hak untuk hidup sebagaimana orang lain hidup..
hak untuk berkarya sebagaimana yang lain berkarya..
hak berfikir sebagaimana manusia yang dikurniakan akal menggunakannya..

kerana aku punya senjata..
sama sepertimu..
bezanya cara menggunakannya
dan tujuan apa kegunaannya...