Wednesday, 13 February 2013

Masih Sayang..

Sejujurnya aku sangat lemah. Dan benda yang paling teruk dan lemah yang aku pernah buat adalah : X mengaku betapa lemah, teruk and hinanya diri aku ni...Aku malu nak mengaku aku salah, aku tak rela di pandang orang yang aku salah.. dalam sejarah hidup aku pun aku tak nak simpan apa-apa kecacatan yang pernah aku buat.. Ini pulak dalam pandangan atau ingatan orang lain..Lagilah aku taknak!!!!
Tapi, tahi di sorok semampu manapun, baunya tetap merebak.. Walaupun aku tak cakap kesalahan aku, Orang nampak, dan orang tahu sebab orang melihat aku...

Aku di tarik dalam jemaah adalah benda yang paling aku syukuri dalam hidup aku..tapi aku lemah, ujian demi ujian, cabaran demi cabaran buat aku jatuh and keputusan terakhir yang aku buat adalah untuk lari dari jemaah... Ya! Keputusan yang paling bodoh yang pernah aku buat..Dan aku menyesal sampai ke hari ini.. ujian atau cabaran atau mehnah yang paling besar sebenarnya adalah diri aku sendiri. hati aku sendiri. Fikiran aku sendiri..
Nampak tak betapa teruk dan hinanya aku!!!
Sebab keputusan yang aku buat tu, sedikit demi sedikit aku mula jauh dari jemaah.. Tapi, aku macam orang yang duduk di simpang tiga..masih tak tahu nak masuk jalan kiri atau nak masuk jalan kanan. Aku nekad meilih jalan kiri. Aku nekad memilih dunia..huhu..betapa hinanya aku meninggalkam hidayah yang Allah beri pada aku untuk dunia..

Tapi, apa yang aku boleh buat?!! Tolong ya Allah, bagi tahu aku apa yang perlu aku buat? Apa yang mesti aku buat? Walaupun aku dah pilih jalan kiri, tapi setiap saat, waktu mahupun ketika aku tak henti-henti memandang ke jalan kanan yang aku tinggalkan... Sebab aku tahu, jalan dunia ini pun penghujungnya adalah sama dengan jalan kanan. Penghujungnya sama. Cuma jalan mana yang aku lalu baru aku akan jumpa penghujung yang baik ataupun sebaliknya.

Dan aku buat keputusan yang menurut aku sudah agak keterlewatan...Ya, Terlewat!! Dan jugak keputusan selfish and bodoh..Kalau nak di ikutkan sekali lah.. Aku tak boleh tinggalkan jalan kiri jadi aku akan berulang-alik ke jalan kanan.. Kalau aku bersama dengan kawan-kawan dari bahagian kiri ini.. aku akan bersikap seperti mereka. Merungut bila makanan yang sudah tersedia di hadapan tak sedap, Komplain tentang sikap orang lain tanpa pedulikan sikap kita. And blah-blah...

Dan bila aku bersama dengan sahabat-sahabat ni, bernafas yang hari-hari kita buat, yang namanya orang hidup perlukan pun dah rasa bersyukur sangat-sangat tak terhingga...Allah masih beri peluang aku hidup dan bernafas dalam udara yang segar ini. bukan

Ini baru betul-betul di namakan HIPOKRIT!!! Dan korang tahu tak apa yang terjadi pada aku bila aku buat macam tu?!! Jeng jeng jeng.. aku terjatuh okey?!! Jatuh kat mana? Jatuh kat dalam lubang tahi!!! sedia ada aku hari ini maknanya lebih teruk dan hina lagi dari aku sebelum kenal jemaah.. Sebelum ni aku bersungguh-sungguh nak sorokkan tai tu tapi sekarang berlumuran kat seluruh badan aku..

Ya Allah, aku dah jatuh sebegini dalam, aku dah jadi tersangat hina..Sekarang aku sedar silap aku, bantulah aku ya Allah..Bantulah aku mencari jalan pulang..Istiqamahkanlah hati aku akan hal-hal kebaikan...Pimpinlah aku untuk kembali mengangungkan agama-Mu ya Allah..Bantulah aku....Aku pohon sangat-sangat ya Allah..Berapa kali aku cuba bangun, tapi akau gagal ya ALlah..maka aku pohon, aku pohin sangat-sangat pada-Mu ya Allah..bantulah aku untuk keluar dari lembah hina ini.. Aku masih sayangkan jemaah dan aku masih sayangkan diri aku sendiri Tuhan.. Jadikanlah aku antara hamba yang penting kepada-Mu...Aku pohon sangat-sangat... Selepas ini, aku takkan mudah berasa lega akan sesuatu.. aku takkan mudah berpuas hati..maka ya Allah, bantulah aku..Bantulah hati aku, perasaan aku, suasana aku..keadaan aku..sahabat-sahabat aku..bantulah ya Allah..

No comments:

Post a Comment