Hehe..tulis tajuk pun aku dah terasa macam di awang-awangan..hakhak....
aku tak tahu cerita penuhnya, tak tak.sebenarnya memang aku tak tahu pun apa jalan ceritanya...Samada benda ni dari pihak ayahnda aku ataupun dari pihak yang sebelah lagi..(Wah..tetiba aku rasa cam real giler, wlupun bnda bru dlm kpla otak aku..hukhuk)
Tapi, aku terlalu bijak untuk buat-buat tak tahu apa yang orang-orang keliling cakapkan..
And diam-diam aku pasang angan sendiri..and sekejap lepas tu pulak aku kembali kepada dunia nyata..
Dia yang aku tak kenal, aku tahu keluarganya baik-baik..dan aku yakin, dia juga pasti di kalangan orang yang baik-baik...
Sekarang aku bercakap dengan berpijak di bumi nyata..Pahit pucuk betik ini aku belajar untuk telan... Aku dengan dia yang aku tak kenal menurut pandangan aku adalah mustahil untuk bersama. jauhnya kami macam langit dan bumi.. Aku bukan orang baik-baik.. Dan aku taknak hancurkan orang baik-baik hanya kerana aku yang tamak nak jadi baik.. aku mencari orang seadanya aku.. sekurang-kurangnya cukup untuk membimbing aku dan membantu aku dan menjadikan aku bertanggungjawab untuk melindunginya, menjaga dia..
Dan yang terutama aku harap orang yang sayang dan kasihkan aku yang serba kekurangan ini dengan penuh kejujuran kerana Tuhanku..Cukup itu... Tapi, cukup yang aku mintak ni pun sebenarnya terlalu besarkan?!!huhu..
Aku tak rasa ini hasrat aku semata-mata.. Dalam mana-mana perhubungan pun kita mengharap dan menunaikan yang terbaik..ya kan??!! Jangan cuma berani meminta tetapi kedekut untuk memberi..Aku paling tak harap berjumpa dengan orang jenis ni...
Aku kena jujur..Aku seorang yang garang, Aku seorang yang manja, Aku seorang yang pemalas, Aku seorang yang kena di arah..Ego aku tinggi, Dan aku tak pandai nak memulakan sesuatu..Aku seorang yang tak pandai dalam banyak segi.....
Tolong jangan tengok aku kerana keluarga aku, Tapi tengok aku pada apa yang ada pada aku..
Aku yang banyak kecacatan ni..betulkan tak layak untuk dia yang aku tak kenal..Kita berdua, Aku dan Dia yang aku tak kenal...
Takdir Allah terlalu rahsia untuk di ketahui, Tetapi kita manusia berusaha.. Dan di penghujung hasilnya atau ketika dalam perjalanan untuk memperolehnya, kita akan tahu, betapa cantiknya takdir yang Allah tuliskan untuk hamba-hamba-Nya,selagi kita menurut syariat-Nya, selagi kita percaya kepada Allah, Dan kita bersyukur dengan apa yang Allah beri..:)
Apapun memohon petunjuk Tuhan adalah yang terutama..
Aku berharap yang terbaik di jalan hidup aku.. Tapi semua perbuatan yang aku buat mengarah aku ke arah yang sebaliknya, kerana itu aku semakin tak berani mengharap...
Angan-angan ni biar aku simpan sendiri.Menjadikannya suatu realiti, biarlah cuma di dalam mimpi..
No comments:
Post a Comment