Thursday, 28 November 2013

Watak ngeri

Filem hantu memang mengerikan Dan menakutkan... Tapi ada perkara yang lebih menakutkan lagi dari itu.. Hantu yang wujud dalam kalangan realiti kita sendiri... Hantu yang ada dalam diri manusia... Hantu yang bertopengkan wajah manusia...
Mereka manusia..
Manusia yang kita tak harap untuk berjumpa..
Manusia yang kita tak harap untuk kenal mahupun tahu...
Tapi, bila kita hidup didunia..lumrah kita akan berjumpa pelbagai jenis manusia...
Saya terkilan bila berjumpa manusia jenis ini..
Manusia yqng mudah dan senang melupakan budi... Bukan bertahun budi tu berlalu..sebulan pun belum tentu berlalu..tetapi bercakap seolah-olah kawan ini hanya membuat bahana ke diri dia...
Kita tak minta dihargai..tak harap dipuji..apalagi kalau menolong orang yang bernama kawan..serasanya kita sedar sendiri tanggungjawab kita...kerana dia kawan kita.. Tapi bila erti kawan seolah-olah tak bermakna..di buang seperti sampah hanya kerana hati tidak boleh dipuaskan..diri mana yang tak terkilan bila budi yang ditabur..pokok beracun yang membinasa tuan pula yang tumbuh..
Siapa yang tak sedih..mengambil jalan untuk mengalah adalah terbaik..tetapi hati yang terluka tak akan mudah sembuh...jika sembuhpun parutnya akan kekal..
Setiap kali mata memandang parut tersebut, setiap kali hati teringat kisah disebalik parut tersebut..luka itu seolah-olah tak pernah sembuh..
Jangan pandang rendah pada hati manusia...
Ia boleh jadi selembut awan
Dan mampu menjadi sekeras gunung!!!

No comments:

Post a Comment