Friday, 7 February 2014

what i have done?

apa yang telah aku buat?
dosa yang takkan terampun selama-lamanya... :(

aku bersalah..
hati aku sakit..
dada aku sakit..
nafas aku terasa sesak..
aku rindu..
tapi aku pendamkan..
aku sayang,
tapi aku berlaku kejam..

aku anak-anak generasi kini..
aku anak generasi yang rosak..
aku yang rosak..

peluang sudah tertutup..
aku semakin jauh dan alpa..

betulkah tiada ruang dan peluang lagi untuk aku?
bukan aku tak mencuba..
tapi aku mencuba dengan tidak bersungguh-sungguh..
aku biarkan orang lain bersungguh..
dan aku menanti di suruh..,
aku tak pernah berusaha dengan bersungguh-sungguh..

apa yang telah aku buat?!
aku buat dia menangis..
aku biarkan air matanya mengalir.,
bukan sekali..
tetapi berkali-kali..

aku hanya melihat..
kerana aku malas...

aku hanya melihat bahunya yang menanggung semua kesakitan,,
aku hanya melihat dia yang dimaki dan dihamun oleh semua orang..
aku hanya melihat dia yang bersabar dengan aku yang baran..

apa yang telah aku buat?!!
aku telah melakukan dosa besarnya..
kesakitan dia bukan aku tak lihat..
tapi aku ketepikan..
aku nafikan,,
aku butakan..
aku abaikan..
aku biarkan..
aku menderhaka!
aku penderhaka!

ruang untuk berdamai barangkali telah tiada..
semua orang telah penat dan rimas dengan sikap aku yang malas...
yang tak bersungguh-sungguh..

ampunkan aku..
walau aku tahu berat untuk kau maafkan aku...
ampunkan aku..

No comments:

Post a Comment