Aku betul-betul malas. Walaupun nak bergaul dengan masyarakat. Malas nak bersosial. Kena jaga hati, kena tahu masak, kena tahu pasal barang branded, kena tahu pasal tempat-tempat hot, kena tahu berlagak(bercakap seolah-olah semua benda aku tau..), kena pandai berpura-pura, kena pilih hadiah, pastu bila dah habis sekolah x boleh lost contact dengan kawan-kawan(hah, yang ni lah paling aku malas nak buat..sebab aku tak tau nak bual apa, aku malas nak taip mesej..huhu..)..Peningnya semua ni.. hah, lagi satu aku lupa, kena tau 'isu-isu orang semasa' eh a.k.a gossssssip!!!!!
Aku, lepas aku habis belajar ni, aku nak duduk rumah senyap-senyap..heheh..Aku rasa, akulah manusia yang paling tak berwawasan dalam dunia ni...Aku cuma nak duduk dengan nenek, abah, ibu and semua family aku jer lah..yang lain, kalau panjang umur, kita jumpa lagi yer..:)
Katalah aku apapun,Penakut, Katak Bawah Tempurung, Teruk, Pemalas..Aku tak kisah. Asalkan aku bahagia!! Sebab apa yang korang cakap tu semuanya memang betul. Aku memang penakut. Takut dengan dunia luar aku. Aku memang nak duduk dalam tempurung, sebab aku rasa tempat tulah yang paling selamat untuk aku.
No comments:
Post a Comment