Sunday 19 October 2014

Menerima..

Dalam keadaan diri disirami kealpaan dan dosa, aku 'dilamar'..

Persoalan bertubi-tubi menerjah akal,
Dan jawapan yang kudapat hanya berbekalkan sedikit logik + kepercayaan yang tidak akan berbelah bagi, InysaAllah..
1. Semua ini datang dalam keadaan aku belum bersedia, barangkali ia tiada nilai, dan tidak akan membawa sebarang perubahan pada aku, dan jika ia adalah memang yang sesuatu untuk aku, maka keberkatan itu tiada.. (Based on myself)
2. Allah hantarkan pesanan ini untuk aku bangun dan bangkit dari terus berlumuran dengan dosa.


Maka, aku memilih yang kedua walaupun banyak lagi kemungkinan lain. Apapun, yang kedua ini tetap 'ternipis' peluangnya.

Ya Allah, pimpinlah aku kejalan yang benar, jalan yang kau redha.. Amin..
Sinarilah hatiku, hidupku, ilmuku dan segalanya tentangku dan orang-orang disekelilingku dengan cahaya hidayah-Mu..

Tiada yang lebih baik selain dari menjadi hamba yang diredhai-Mu ya Allah...

Tuesday 6 May 2014

Tertampar

Bersembang dengan Cik Rumet bagai menampar perasaan aku yang hampir terkubur...
Tersedar apa yang membuatkan aku terasa bersemangat.
Bersemangat untuk terus bernafas dibumi ini. Bersemangat untuk terus mengorak langkah kehadapan.. Perasaan keTuhanan.. Adanya Tuhan dalam diri aku, dalam jiwa aku membuatkan aku melihat semua benda adalah tidak mustahil.. Membuatkan aku sentiasa bersedia dan berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu..
Adanya Tuhan dalam jiwa dan ragaku, langkahku terasa yakin walaupun orang melihatku asing...
Hati tidak pernah berhenti diuji..
kekadang cuba mencari ruang sesaat untuk menarik nafas kelegaan..
Tapi, Entah kenapa saat-saat itu, hatiku sentiasa tenang... kerana aku tersangat yakin Allah tersangat dekat padaku melebihi urat leherku....

Dan disaat aku memesongkan langkah.. di saat aku mengalih arah.. aku hilang punca.. semangatku semakin kabur.. langkahkau goyah...
Dan hari ini, sekali lagi Cik Rumet mengetuk tangkai semangatku yang kian layu..
Ya! apa yang penting dalam hidup ini adalah untuk di akhirat sana..

Benar pepatah pejuang 'Tanpa tarbiah, gerenti rebah!!!

Ya Allah, tarbiahlah aku kembali..
didiklah hatiku semula..
pimpinlah aku kejalan yang engkau redha....

Wednesday 30 April 2014

Puisi dari facebook

24 Mac 2014
aku takkan persoalkan...
aku mohon diperdengarkan..
aku mohon jawapan..
dan aku tiada kekuatan untuk menerima tidak...
aku akan terus melangkah..
walaupun aku mesti menipu diri sendiri..
untuk terus percaya..
peluang itu sentiasa ada...
mesti ada..
& akan ada..
walaupun setiap hari,
harapan itu makin pudar..
kepercayaan ku semakin goyah..
tetapi jika tidak aku berpegang pada tali ini..
jika tidak aku bergantung pada tali ini..
nescaya aku bukan aku..
Ya Allah..ku pohon terimalah kembali aku...



23 April 2014
 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

maka matahari menurut perintahnya..
membenamkan dirinya..
membawa senja..
menghadirkan malam..
dan bulan pun datang..

Apa bait yang mampu ku ucap..
tanda syukurku pada-Mu ya Allah..
Memberi peluang aku bernafas..
Walaupun setiap hela tidak selayaknya aku miliki..
Kerana melupakan-Mu lebih banyak dari mengingati-Mu...



23 April 2014
 melangkah ke alam dewasa..
aku mula belajar realiti..
mengukuhkan kepercayaan..
menyematkan keyakinan..

bahawa karma itu benar..
dan Tuhan meletakkan sesuatu pada tempat-Nya..

tetapi, andai aku yang teraniaya lemah membisu...
jangan menyalahkan mereka yang memukul...
jangan menyalahkan mereka yang menghina..
jangan menyalahkan mereka yang jahat..

salahkan diri..
yang tak berusaha untuk berjuang..
berjuang untuk hak diri..
hak untuk hidup sebagaimana orang lain hidup..
hak untuk berkarya sebagaimana yang lain berkarya..
hak berfikir sebagaimana manusia yang dikurniakan akal menggunakannya..

kerana aku punya senjata..
sama sepertimu..
bezanya cara menggunakannya
dan tujuan apa kegunaannya...

Monday 3 March 2014

Rindu

Ada orang yang aku rindu dalam diam..
Ada orang yang aku dendam dalam diam..

Melihat dari jauh..
Memerhati mencari kemungkinan..
Berangan punyai peluang..
Berharap walau hanya tinggal sedebu..
Yang menanti untuk diterbangkan bayu..

Percaya pada yang Esa..
Aturannya adalah terbaik..
Berpegang pada yang rapuh..
Bertahan selama ini..
Aku tak sekuat itu dengan aku sendiri..

Kerana Allah bersamaku..
Maka kau masih dalam doaku..
Seandainya tertulis kau untukku..
Kepada-Nya lah hatiku ini kuserahkan..

Seandainya kau bukan untukku..
Kepada-Nya juga aku membawa arah...

Percaya sesuatu yang baik akan berlaku
Adalah lebih baik..
Dari menghabiskan sisa..
merisaukan kerisauan...

Segalanya kabur,
selagi kita tidak sampai kepenghujungnya..

~Aku merinduimu...~

Aku ingin kembali

 Gelap yang kedua lebih gelap dari yang pertama. Hidayah yang telah pernah singgah tetapi dipersiakan akan menjerumuskan seseorang ke jurang jahiliah lebih dalam dari sebelumnya!
 Pahrol Mohd. Juoi: Mac 2014

Tuhan,
dibawah langit-Mu ini,
Ajarkan aku kembali..
Untuk mengenali-Mu..

Tuhan,
bersama udara yang kau berikan..
Ajarkan aku kembali..
Untuk mensyukuri nikmat-Mu..

Tuhan,
pada bumi-Mu ku berpijak..
Radhailah aku..
Untuk kembali pada-Mu..

Dosa-dosa ku tak terhitung..
Kelam ini menyesakkan..
Gelap ini menghanyutkan..

Ketakutanku semakin tenggelam..
Nafsu ku semakin selesa..
Redha dan rela menjadi keliru..

Ku pohon..
Bukakanlah pintu hidayah-Mu untukku..
Agar aku dapat kembali..
kejalan yang engkau redhai..

Friday 21 February 2014

Strange one..

Aku betul- betul punya hub kwn yg pelik...
Hub yg dasarnya sangt indh..
Tapi isiny kosong..

Mcm rumah spt istana idaman semua..
Yg bila diliht org diluarnya..
Maka ramailah umat2x yang mencemburuinya...
Mengidam dendam untuk memiliki rumah persis nan indah itu..
Tetapi didalamnya kosong...
Di dalamnya sunyi..
Di dalamnya cuma menyendiri..
Bagai orang koya..
Bangga nenikmati keindahan itu sendiri..
Sedangkn orang disekelilingnya memandangnya simpati dan kasihan..
Tidakkah merasa jijik dirimu itu sendiri..
Punyai rumah idaman semua tetapi tetap mendapat simpati orang kelilingmu..

Begitulah cara kami ber'ukhuwah' hari ini..
Dipandang orang seolah-olah aku dan mereka sahabat sampai mati..
Tapi hakikatnya hati sentiasa resah menanti bilakah aku akan menjauhi mereka..
Bilakah aku akan sedar yang aku merimaskan mereka..

Friday 7 February 2014

what i have done?

apa yang telah aku buat?
dosa yang takkan terampun selama-lamanya... :(

aku bersalah..
hati aku sakit..
dada aku sakit..
nafas aku terasa sesak..
aku rindu..
tapi aku pendamkan..
aku sayang,
tapi aku berlaku kejam..

aku anak-anak generasi kini..
aku anak generasi yang rosak..
aku yang rosak..

peluang sudah tertutup..
aku semakin jauh dan alpa..

betulkah tiada ruang dan peluang lagi untuk aku?
bukan aku tak mencuba..
tapi aku mencuba dengan tidak bersungguh-sungguh..
aku biarkan orang lain bersungguh..
dan aku menanti di suruh..,
aku tak pernah berusaha dengan bersungguh-sungguh..

apa yang telah aku buat?!
aku buat dia menangis..
aku biarkan air matanya mengalir.,
bukan sekali..
tetapi berkali-kali..

aku hanya melihat..
kerana aku malas...

aku hanya melihat bahunya yang menanggung semua kesakitan,,
aku hanya melihat dia yang dimaki dan dihamun oleh semua orang..
aku hanya melihat dia yang bersabar dengan aku yang baran..

apa yang telah aku buat?!!
aku telah melakukan dosa besarnya..
kesakitan dia bukan aku tak lihat..
tapi aku ketepikan..
aku nafikan,,
aku butakan..
aku abaikan..
aku biarkan..
aku menderhaka!
aku penderhaka!

ruang untuk berdamai barangkali telah tiada..
semua orang telah penat dan rimas dengan sikap aku yang malas...
yang tak bersungguh-sungguh..

ampunkan aku..
walau aku tahu berat untuk kau maafkan aku...
ampunkan aku..